Page 10 - BUKU KONVO 12A
P. 10

I
        MAJLIS KONVOKESYEN KE-12
        POLITEKNIK  TUANKU SYED SIRAJ UDDIN

                                          Perutusan








                                          Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera,

                                          Alhamdulillah, hanya dengan  berkat rahmat dan kurnia Allah s.w.t. dapat kita meraikan
                                          Majlis
                                          Konvokesyen ke 12 ini di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS).  Tahniah dan
                                          syabas diucapkan kepada semua graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian dan
                                          menerima diploma pada majlis konvokesyen ini. Tahniah juga kepada ibubapa dan ahli
                                          keluarga yang sentiasa mendorong dan memberi semangat bagi memastikan kejayaan
                                          anak-anak yang dikasihi.

                                          Mendepani era pendigitalan yang holistik, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
                                          (JPPKK) komited dalam mempertingkatkan kemahiran teknikal selari dengan cabaran dan
                                          pasaran pekerjaan dalam penggunaan teknologi dan automasi.  Penglibatan industri sangat
                                          diperlukan dan signifikan bagi memastikan mahasiswa  dapat memperoleh maklumat,
                                          pengalaman, dan bimbingan terkini.  JPPKK juga
                                          mengubah cara penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang kini lebih bersifat
                                          fleksibel dengan e-pembelajaran.  Selain itu,  mahasiswa didedahkan dengan pelbagai
                                          cabaran dalam bentuk pertandingan hingga ke peringkat antarabangsa dengan tujuan
                                          mengasah serta menilai bakat dan kemahiran mahasiswa.
         PERUTUSAN KETUA PENGARAH
      YBHG PROF. DATO’ DR. MOHD ISMAIL    Akhir kata,  saya menyeru kepada semua graduan supaya menjadi game changer dalam
                BIN ABD AZIZ              era pemodenan ini. Berusaha dan bersedia menghadapi cabaran dan perubahan global.
          KETUA PENGARAH JABATAN          Ini boleh dibuat dengan meningkatkan diri dalam aspek teknikal dan kemahiran.  Game
         PENDIDIKAN KOLEJ KOMUNITI        changer bermula dengan mengubah cara pemikiran.  Graduan harus berani melangkah
     KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA      untuk membawa perubahan yang positif.  Selain daripada hard skill, graduan juga perlu
                                          perkukuhkan soft skill.  Kebijaksanaan sosial dan komunikasi adalah salah satu dimensi
                                          kebijaksanaan yang perlu diberi perhatian untuk menjadi seorang individu yang holistik.
                                          Inilah ciri-ciri graduan yang berkeyakinan diri, berdaya saing, berkualiti dan berkredibiliti
                                          selaras dengan kehendak industri. Semoga kita bersama-sama dapat merealisasikan segala
                                          perancangan bagi sistem pendidikan yang terbaik.

                                          Sekian.  terima kasih.
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15