Page 13 - BUKU KONVO 12A
P. 13
02
MAJLIS KONVOKESYEN KE-12
POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJ UDDIN
Politeknik Tuanklu Syed Sirajuddin ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia
Sepintas lalu Mei 2006. Kampus tetap ini mula beroperasi pada Mei 2004 dengan pengambilan
Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 22
pertamanya untuk kursus peringkat sijil dan diploma dengan hanya seramai 400 orang
POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN pelajar dan kini bertambah sehingga mencecah lebih daripada 4000 orang pelajar.
Politeknik ini terdiri daripada 6 jabatan akademik iaitu Jabatan Pelancongan dan
Hospitaliti, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Jabatan Perdagangan, Jabatan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, dan Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal di samping 3 jabatan sokongan iaitu Jabatan Pengajian Am,
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
Politeknik ini turut dilengkapi dengan pelbagai fasiliti seperti bangunan pentadbiran,
jabatan akademik dan kolej kediaman pelajar yang terdiri daripada 3 blok siswa dan 7
blok siswi. Selain itu, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis juga mempunyai sebuah
dewan yang dinamakan Dewan Harumanis yang boleh memuatkan lebih 2000 orang
bagi sesuatu majlis dan aktiviti pada satu masa dan juga sebuah hotel latihan yang
dikenali sebagai Pauh Inn Training Centre (PITC).
Di samping itu, terdapat sebuah Kompleks Sukan Tertutup yang memuatkan
gelanggang skuasy, gelanggang badminton dan gimnasium. Di sekitar kompleks
tersebut juga terdapat gelanggang tenis, bola tampar, sepak takraw dan bola
keranjang yang bersebelahan dengan padang utama yang terdiri daripada padang
bola sepak, hoki, ragbi, futsal dan trek 400 meter untuk para pelajar melakukan aktiviti
ko-kurikulum dan beriadah. Terdapat juga sebuah tasik yang indah berhampiran
padang utama yang boleh digunakan untuk aktiviti air seperti berkayak. Bagi pelajar-
pelajar muslim, Pusat Islam Luqman Al-Hakim, PTSS merupakan pusat ibadah dan
aktiviti kerohanian untuk warga politeknik menunaikan kewajipan seperti solat
Jumaat, ceramah agama, tazkirah, qiyamullail, dan sebagainya. Sekiranya mengalami
masalah kesihatan, pembantu perubatan (MA) turut disediakan untuk memberikan
perkhidmatan terbaik kepada para pelajar dan warga PTSS.
Politeknik ini juga mempunyai beberapa inkubator yang berperanan aktif dalam
menaikkan nama untuk terus dikenali terutamanya inkubator buah mempelam
harumanis dan inkubator madu kelulut yang kini sedang giat dikomersilkan untuk
pasaran di bawah kendalian Unit Keusahawan PTSS. Bagi yang inginkan kemudahan
rangkaian internet berkelajuan tinggi, politeknik ini menyediakan kemudahan internet
tanpa wayar atau ‘wireless internet connection’ di seluruh kawasan politeknik di
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis merupakan samping menyediakan sistem maklumat yang mantap seperti Sistem Pengurusan
politeknik yang ke -18 ditubuhkan oleh Kementerian Maklumat Politeknik (SPMP) dan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia
Pendidikan Malaysia (KPM). Kampus tetapnya terletak di (HRMIS). Maka tidak dinafikan politeknik ini adalah politeknik bertaraf tinggi dan terbaik
Pauh Putra, Arau, Perlis berdekatan dengan Bandar Diraja dengan segala fasiliti dan kemudahan lengkap yang disediakan untuk warganya dan
Arau (9km) dan bersempadan dengan Bandar Changlun, juga untuk orang ramai yang melawat politeknik ini.
Kedah (10km). Politeknik ini meliputi kawasan seluas 55
hektar yang pada satu ketika dahulu adalah merupakan
kawasan ladang getah.