Page 117 - LT IPGKPI 2018
P. 117

Pengenalan  Unit Pedagogi Pendidikan


             Al-Quran Dan Al-Sunnah (UPPQS)





         Unit Pedagogi Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah (UPPQS) ditubuhkan selaras

        dengan  hasrat  kerajaan  untuk  menambah  baik  dan  memperkukuhkan  sistem

        Pendidikan Islam di seluruh negara. Ia berfungsi untuk memberi latihan dalam
        perkhidmatan kepada guru-guru Pendidikan Islam di Malaysia khususnya guru-

        guru  yang  berada  di  bawah  Kementerian  Pendidikan  Malaysia.  Selain  itu,

        UPPQS  di  bawah  IPGKPI  dan  IPGM  turut  diberikan  mandat  oleh  Lembaga
        Penasihat  Penyelarasan  Pelajaran  (LEPAI)  untuk  menyedia  dan  memberikan

        latihan  dan  konsultansi  khususnya  dalam  pendidikan  al-Quran  dan  Al-Sunnah

        kepada guru-guru KAFA, SAN, SAR , institusi tahfiz dan pondok. Hal ini bagi me-

        menuhi kehendak dini dan ukhrawi.





        Objektif



        1.  Membantu  meningkatkan  mutu  pembelajaran  guru-guru  pendidikan  al-
            Quran dan Al-Sunnah.


        2.  Memberi pendedahan tentang perubahan kurikulum yang berlaku dalam ku-

            rikulum pendidikan al-Quran dan Al-Sunnah terkini.


        3.  Memberi  pengetahuan  dan  kemahiran  dalam  pelbagai  aspek  pengajaran

            dan pembelajaran pendidikan al-Quran dan Al-Sunnah terkini.


        4.  Memberi  khidmat  kepakaran  ilmu  pedagogi  kepada  agensi  terlibat  dengan
            pengajaran dan pembelajaran pendidikan al-Quran dan Al-Sunnah.


        5.  Menyediakan guru-guru pendidikan al-Quran dan Al-Sunah yang kreatif dan

            inovatif.
   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122