Page 121 - LT IPGKPI 2018
P. 121
Pengenalan
Jabatan Dwibahasa (JDB) terdiri daripada Unit Bahasa Melayu
dan Unit Bahasa Inggeris. Unit Bahasa Melayu mempunyai
seramai 9 orang pensyarah, manakala pensyarah Unit Bahasa
Inggeris seramai 5 orang. JDB bertanggungjawab dalam mengen-
dalikan Kursus Bahasa Melayu untuk Program Persediaan Ijazah
Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), dan Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP). Pada masa kini, Jab-
atan Dwibahasa hanya mempunyai dua kumpulan Major Bahasa
Melayu yang terdiri daripada 29 orang pelajar.
JDB turut menganjurkan kursus-kursus latihan pembangunan staf
kepada staf akademik dan staf pengurusan IPG Kampus Pendidi-
kan Islam. Selain itu, JDB juga menganjurkan kursus untuk staf
dan pelajar melalui program Memartabat Bahasa Melayu dan
Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Di samping itu, pada
tahun 2018 JDB juga menjalankan beberapa aktiviti berupa per-
tandingan seperti Pertandingan Pidato Piala Pengarah Peringkat
Kebangsaan, menganjurkan Bengkel Penulisan Artikel Jurnal,
Bengkel Penulisan Puisi, dan membuat lawatan sambil belajar di
Cape Town, Afrika Selatan dengan membentangkan kertas kerja
dan menjalankan aktiviti perkongsian budaya di sekolah-sekolah
dan universiti-universiti terpilih.