Page 3 - LT IPGKPI 2018
P. 3

PERUTUSAN PENGARAH


                                              IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM



                                       Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.



                                       Alhamdulillah.  Syukur  ke  hadrat  Allah  S.W.T  kerana  dengan  izin-Nya,
                                       Buku Laporan Tahunan IPG Kampus Pendidikan Islam 2018 telah berjaya
                                       dihasilkan.  Saya  mengucapkan  setinggi  tahniah  dan  penghargaan  yang
                                       tidak  terhingga  kepada    semua  jawatankuasa  yang  terdiri  daripada
             pensyarah pelbagai jabatan di IPG ini. Syabas, barisan jawatankuasa  yang telah berusaha dengan
             gigih dalam merealisasikan tugasan yang diberi.

                     Buku  Laporan    IPG  merakamkan  sejarah  perjalanan  sepanjang  tahun  2018,  yang  mana
             menyaksikan pelbagai usaha yang dijalankan bagi pelbagai program  sepanjang tahun. Dalam usaha
             menjadikan IPG Kampus Pendidikan Islam lebih berdaya saing beberapa jabatan telah distrukturkan
             seperti  Jabatan  Jaminan  Kualiti,  Jabatan  Pembangunan  Profesionalisme  Pensyarah  dan  Staf,
             Jabatan  Sains  Kognitif,  Jabatan  Pedagogi  Bahasa  Arab,  Jabatan  Pedagogi  Pendidikan  Islam  dan
             Jabatan  Dwibahasa.  Seterusnya  dalam  merangka  kecemerlangan  semua  jabatan  dan  unit  telah
             menyusun dan menjalankan pelbagai aktiviti yang dirakamkan dalam laporan tahunan ini.

                     Pada tahun 2018 juga, saya telah memperkenalkan Budaya Kerja 6C, iaitu Cerdas, Cergas,
             Cekap, Cakna, Cermat dan Ceria.  Amalan konsep 6C ini selari dengan Misi IPG untuk melahirkan
             guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui pelbagai aktiviti-aktiviti pembangunan warga IPG
             KPI.

                     Saya  yakin  catatan dalam  buku  ini akan  menjadi  satu  dokumen  rujukan  pada  masa  akan
             datang, seterusnya dapat menyumbang kepada kecemerlangan latihan keguruan di IPG.


             Sekian, salam hormat


             Dr. Muhammad Hussin bin Muhammad Yusof

             Pengarah

             Institut Pendidikan Guru  Kampus Pendidikan Islam.
   1   2   3   4   5   6   7   8