Page 5 - LT IPGKPI 2018
P. 5

IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM



           Pada tahun 1970-an, pelbagai golongan masyarakat Islam, para cendiakawan dan NGO di negara
           ini telah mengemukakan resolusi dan desakan agar sebuah maktab khas bagi melatih guru Pen-
           didikan Islam ditubuhkan. Berikutnya pada bulan Februari 1977 sebuah unit Pendidikan Islam te-
           lah  ditubuhkan  di  Maktab  Perguruan  Ilmu  Khas  sebagai  titik  tolak  sebelum  sebuah  maktab
           tersendiri didirikan.
           Kemudian  unit  ini  dipindahkan  bagi  menjalankan  pengajaran  dan  pembelajaran  pada  sesi
           petang di Bangunan Institut Bahasa, Lembah Pantai, Kuala lumpur. Pada bulan November 1977,
           Unit ini telah meningkat dan ditempatkan di bangunan sementaranya di bangunan bekas Fakulti
           Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia di Seksyen 14, Petaling Jaya.

           Pada bulan April 1983, Universiti Islam Antarabangsa yang baru ditubuhkan pada tahun itu telah
           mengambil alih bangunan tersebut dan operasi MPI dipindahkan pula ke bangunan menara dan
           beberapa buah bangunan kayu tinggalan Universiti Kebangsaan Malaysia di Lembah Pantai, Kua-
           la Lumpur. Pada 14 Julai 1990 barulah MPI menduduki kampus tetap di Seksyen 12, Jalan Sungai
           Merab. Kampus ini terletak berhampiran Bandar Baru Bangi. Kampus ini yang mula dibina dalam
           Rancangan  Malaysia  Ke-5  meliputi  kawasan  seluas  40  hektar  menggunakan  rekabentuk
           berunsur Islam, lengkap dengan kemudahan sebagai pusat latihan guru. Maktab Perguruan Is-
           lam telah dirasmikan oleh D.Y.M.M. Sultan Selangor pada 30 Oktober 1992.

           Mengangkat  dan  memartabatkan  guru  Pendidikan  Islam  dan  Bahasa  Arab  adalah  misi  utama
           MPI sebagai Pusat Latihan Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Oleh itu guru pelatih yang
           menerima latihan adalah terdiri daripada KDPM, KPLI dan juga melatih KDP, KSPK, PKPG dan Pra
           PKPG.

           Untuk kecermerlangan pentadbiran dan latihan keguruan MPI bersama 26 buah maktab yang
           lain di seluruh Malaysia telah berusaha untuk memperolehi pensijilan MS ISO 9002. Pada 8 Ogos
           2002 MPI telah menerima penganugerahan Sijil MS ISO 9002 bersama maktab-maktab lain. MPI
           yang telah dikenali sebagai Institut Perguruan Islam Selangor akan terus berusaha bagi mening-
           katkan sistem pengurusan kualiti berasaskan MS ISO 9001:2000.

           Dengan lulusnya akta AUKU yang baru oleh Parlimen Malaysia maka semua Institut Perguruan
           Guru  telah  dijadikan kampus cawangan  kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)  yang
           bertaraf  universiti  yang  dipertanggungjawabkan  untuk  melahirkan  guru  siswazah  sekolah  ren-
           dah. Melalui pengauditan MQA semua IPGM telah diberi pengiktirafan untuk menganugerahkan
           Ijazah Sarjana Muda melalui Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Rendah) - PISMP.

           Selaras  dengan  itu  Institut  Perguruan  Islam,  Selangor  (IPIS)  telah  mendapat  nama  baru  se-
           bagai IPG  Kampus  Pendidikan  Islam. Nama  Islam  dikekalkan  selaras  dengan  sejarahnya  yang
           terulung  dan  terunggul  dalam  melahirkan  guru  Pendidikan  Islam  selama  ini.  Dinamik  dalam
           alam pendidikan memerlukan guru sekolah rendah yang bersifat generalistik dan dengan itu pel-
           bagai bidang disiplin perlu dikuasai oleh seorang guru yang hendak dilahirkan oleh IPG.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10