Page 23 - Buletin Suhakam EDISI-2
P. 23
PROMOSI
ISU JAWAPAN SUHAKAM
SUHAKAM tidak bersetuju dengan Akta Berita Palsu kerana
kebarangkalian yang tinggi untuk kerajaan menyalahgunakan kuasa
dengan menggunakan akta tersebut untuk menyekat sebarang
3. Peranan SUHAKAM dalam komen atau kritikan terhadap kerajaan. Penyebaran fitnah telah
menangani isu penyebaran diperuntukkan dalam perundangan jenayah yang sedia ada dan
fitnah dan berita palsu yang boleh diambil tindakan oleh pihak berkuasa. SUHAKAM menegaskan
berleluasa di media sosial bahawa hak dan kebebasan untuk bersuara dan mengeluarkan
pada masa kini pendapat tidak boleh disamakan dengan jenayah menyebarkan
fitnah. Hak mengeluarkan pendapat adalah memastikan bahawa
kerajaan memenuhi tanggungjawab dalam merealisasikan hak
asasi manusia
SUHAKAM berpendirian bahawa hukuman mati haruslah
dimansuhkan dan cadangan agar Kerajaan mengembalikan budi
bicara hakim-hakim dalam menentukan hukuman mati kepada
sesuatu kesalahan tertentu sahaja.
4. Peranan SUHAKAM dalam isu
hukuman mati Selain itu, SUHAKAM kini sedang giat ke arah kempen agar Malaysia
menandatangi perjanjian antarabangsa mengenai Konvensyen
Menentang Penyeksaan dan Hukuman Lain yang Zalim, Tidak
Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Maruah (UNCAT). Konvensyen
ini bertujuan untuk kerajaan menghalang sebarang bentuk
penyeksaan atau penderaan yang dilakukan oleh pihak berkuasa
semasa menjalankan siasatan.
Salah seorang peserta membangkitkan persoalan mengenai isu
hak kepada pendidikan bagi kanak-kanak tidak berwarganegara di
Malaysia. Beliau turut menyuarakan tentang pentingnya pendidikan
untuk diberikan kepada kanak-kanak bagi mengelakkan masalah
5. Hak kepada pendidikan sosial pada masa akan datang.
kanak-kanak tidak
berwarganegara SUHAKAM khuatir dengan isu tersebut dan bersetuju bahawa
kanak-kanak tidak berwarganegara harus diberikan peluang untuk
mendapatkan pendidikan. SUHAKAM turut bekerjasama dengan
Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian
(UNHCR) dalam mencari jalan penyelesaian kepada isu ini. Selain itu,
terdapat pelbagai inisiatif pihak NGO dalam menyediakan sekolah
bagi kanak-kanak tidak berwarganegara di Malaysia.
BULETIN SUHAKAM | 2018 23