Page 7 - SEMETHOS PERANCANGAN 2020
P. 7
7
3. PIBG yang membantu kemenjadian dan pencapaian murid dan sekolah
DASAR KUALITI
Sekolah Kebangsaan Methodist komited untuk menyedia dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi
memenuhi keperluan pelanggan. Adalah menjadi komitmen pihak pengurusan dan semua anggota untuk mematuhi keperluan-
keperluan Sistem Pengurusan Kualiti dan meningkatkan keberkesanannya secara berterusan.
Bagi memastikan tujuan ini tercapai, dasar kualiti berserta dengan objektifnya disemak semula dari masa ke semasa untuk
penambahbaikan yang berterusan dan menyeluruh bersesuaian dengan keperluan organisasi untuk memenuhi dan
meningkatkan tahap kepuasan pelanggan. Dasar kualiti ini di sebar luas kepada seluruh anggota SKM melalui media cetak,
taklimat pengurusan dan papan kenyataan untuk di fahami dan dihayati.
OBJEKTIF KUALITI SKM
1. Peningkatan prestasi akademik sebanyak 5 peratus berdasarkan kepada pencapaian tahun semasa ATAU
mencapai minima 65 peratus lulus keseluruhan.
2. Memastikan 100 peratus aduan pelanggan yang diterima diambil tindakan supaya pengurusan sekolah berjalan
lancar.
3. Pengurusan kewangan yang efisyen tanpa teguran audit / cemerlang.