Page 13 - DUA6022 E-MAJALAH Grp Jimmy Latest_Neat
P. 13

Kita dapat saksikan pada hari ini ada individu atau masyarakat
                yang mengamalkan ajaran mengikut syariat Islam, sunah dan
                akhlak Rasulullah SAW, namun dipulau dan dipandang serong.

                Sedangkan, fahaman liberalisme dan kes perlakuan songsang
                bertentangan dengan fitrah seperti lesbian, gay, biseksual dan
                transgender (LGBT) diangkat serta dipertahankan sehinggakan
                golongan yang memperjuangkan hak itu diberi peruntukan
                undang-undang.

                Ada segelintir umat Islam menyokong dan turut terpengaruh
                dengan perjuangan golongan itu.

                Pada akhir zaman juga menyebabkan ramai orang merasakan
                diri mereka bijak. Golongan ulama dicerca dan diperlekeh.
                Golongan berilmu bersifat ego manakala pengikutnya pula
                begitu taasub.

                Golongan ilmuwan juga kerap bertelagah yang tidak langsung
                mencerminkan ketokohan ilmunya. Tidak seperti golongan
                ilmuwan terdahulu, mereka sangat menjaga adab ketika
                berdepan perbezaan pendapat.

                Begitu juga, akhir zaman dikaitkan dengan peristiwa
                pembunuhan kejam yang dilakukan secara beramai-ramai.
                Situasi yang dinyatakan itu menepati hadis daripada Abu
                Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kiamat
                tidak akan terjadi sehingga banyak ‘harj’. Sahabat bertanya:
                Apakah ‘harj’ itu wahai Rasulullah?”






















                Baginda bersabda: “Pembunuhan. (demi) pembunuhan.”
                Sebahagian umatku yang dirahmati, mereka tidak akan dihisab
                dan tidak akan diseksa sama sekali di akhirat, seksa yang
                pernah dialaminya adalah pembunuhan, gempa dan fitnah
                (kekacauan).” (Hadis riwayat Hakim)

                Pada akhirnya, kita semua nanti akan ‘berpindah’ ke satu
                tempat yang tiada lagi kematian iaitu ke syurga atau neraka.





















                                                                                                   13
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18