Page 9 - DUA6022 E-MAJALAH Grp Jimmy Latest_Neat
P. 9
Apakah itu FITNAH?
Fitnah berasal daripada bahasa arab yang bermaksud kekacauan,
bencana, cubaan dan penyesatan. Dari pandangan ulama, Imam
Ibnu Hajar berkata asal makna kepada fitnah ialah ujian. Manakala,
Ibnu Manzur berkata Al-Azhari dan yang lain berkata “asal makna
fitnah adalah ujian dan dugaan.
Fitnah dari segi istilah adalah perkara yang dilakukan untuk
mengetahui kebaikan atau keburukan sesuatu. Menurut Kamus
Dewan bermaksud tuduhan yang diada-adakan atau dibuat-buat
untuk memburukkan atau membencanakn seseorang. Atau dalam
pengertian kita sehari-hari, kata fitnah ini sering dimaksudkan
sebagai berita bohong atau tuduhan yang diada-adakan untuk
membinasakan seseorang yang tidak sesuai dengan kenyataan atau
kebenaran.
Pengertian fitnah dari definisi Islam adalah termasuk dalam
kumpulan Al-Namimah iaitu menyebarkan keburukan orang untuk
maksud tidak baik sama ada dengan cara menfitnah atau
mengumpat. Cuma perbezaan dengan mengumpat ialah
membicarakan keburukan orang lain yang berdasarkan kenyataan
sedangkan fitnah berunsur kebohongan. Namun kedua-duanya
diucapkan untuk maksud tidak baik. Hal ini sebagaimana dijelaskan
oleh Rasulullah dalam hadisnya:
“ Tahukah kamu apakah ghibah itu? Mereka menjawab Allah dan
RasulNya lebih mengetahui “, Nabi menjelaskan, “ ghibah adalah
membicarakan apa yang tidak disenangi orang lain dibelakangnya”.
Sahabat bertanya, “ Seandainya yang dibicarakan itu benar, apakah
itu juga dinamakan ghibah?”. Nabi S.A.W menjawab, “ Itulah ghibah,
sedangkan bila yang engkau bicarakan perkara yang tidak benar,
maka itulah buhtan (fitnah)”.
9