Page 112 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 112
2.3 Bengkel Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah-Sekolah Malaysia pada
21-22 Oktober 2016
Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah-Sekolah Malaysia (SEGAK) terdiri daripada lima
bateri ujian bagi mengukur tahap kecergasan fizikal murid Malaysia berlandaskan komponen kesihatan. Bengkel
ini telah diadakan untuk semua siswa guru (217 orang) PISMP Ambilan Januari 2013 Bukan Opsyen Major
Pendidikan Jasmani di IPGKIK. Tujuan bengkel ini adalah agar mereka lebih bersedia dengan pengetahuan dan
kemahiran yang betul dan tepat sebagai suatu nilai tambah kepada diri dan sekolah apabila ditugaskan sebagai
pembantu, pelaksana dan penilai bateri ujian SEGAK di sekolah kelak. Selain itu, pelaksanaan bateri ujian
SEGAK dalam bengkel ini turut memberi makluman tentang tahap kecergasan peserta supaya lebih
bertanggungjawab dalam penjagaan kecergasan fizikal diri dan seterusnya membina masyarakat sihat dan
harmoni ke arah mencapai kesejahteraan negara.
2.4 Kursus Kejurulatihan Sukan Spesifik Tahap 1 – Olahraga, Gimnastik Artistik, Hoki pada bulan
November 2016
Kursus kejurulatihan sukan spesifik merupakan satu keperluan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
siswa guru dalam bidang kejurulatihan sukan, lanjutan daripada disiplin yang terkandung dalam Pendidikan
Jasmani. Maka, seramai 82 orang siswa guru PISMP opsyen Pendidikan Jasmani IPGKIK telah ditawarkan
untuk mengikuti kursus ini yang mana terdiri daripada tiga sukan spesifik iaitu Olahraga, Gimnastik Artistik, Hoki.
Kursus kejurulatihan Sukan Spesifik ini dikelolakan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), maka peserta
kursus akan mendapat pengiktirafan daripada Majlis Sukan Negara (MSN). Kursus ini juga merupakan
komponen pelengkap untuk mendapatkan sijil penuh Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) bagi
setiap peserta yang ingin menjadi seorang jurulatih yang berkelayakan dan bertauliah.
2.5 Seminar Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan anjuran Jabatan Pengajian Sukan,
Universiti Putra Malaysia.
Pada 7 dan 8 Mei 2016, siswa guru opsyen Pendidikan Jasmani kumpulan J2.5 dan J2.6 telah menghadiri
Seminar Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan anjuran Jabatan Pengajian Sukan, Universiti Putra
Malaysia. Ketua jabatan Dr Aris Fazil B. Hj. Ujang serta dua orang pensyarah JPJK turut hadir bersama dalam
seminar tersebut. Diharapkan kehadiran dalam seminar ini dapat meningkatkan kemahiran interpersonal dan
motivasi pelajar dalam pencarian ilmu khasnya bidang Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
112