Page 113 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 113
2.6 Program Lecture and Talk oleh Universiti Kyungnam, Korea
Program Lecture and Talk telah diadakan pada 19 Februari 2016 oleh Universiti Kyungnam, Korea bertempat di
bilik Recital Jabatan Pendidikan Muzik, IPGKIK. Program ini telah disertai oleh siswa guru PISMP program
Pendidikan Jasmani IPGKIK. Program ini telah dikendalikan oleh Profesor Sabunim Lee dan dibantu oleh dua
orang pelajar dari Universiti Kyungnam, Korea. Program ini merupakan satu projek perkongsian ilmu khasnya
dalam bidang Kecederaan Sukan antara Universiti Kyungnam dengan Jabatan Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan dan Jabatan Sains Sukan, IPGKIK untuk meningkatkan tahap profesionalisme guru Pendidikan
Jasmani di peringkat global.
2.7 Iftar JPJK
Selain daripada aspek akademik dan kemahiran dalam sukan, kemahiran sosial dan komunikasi pelajar opsyen
Pendidikan Jasmani adalah salah satu kemahiran insaniah yang dipupuk dalam Jabatan PJK. Majlis iftar jabatan
merupakan salah satu laluan untuk merapatkan ukhwah dalam kalangan warga jabatan PJK di samping
mengingatkan siswa guru Islam untuk menunaikan tanggungjawab mereka. Semua pensyarah dan siswa guru
(103 orang) Jabatan PJK telah menghadiri majlis buka puasa tersebut dan dapat bergaul secara mesra di
samping menikmati juadah majlis.
113