Page 122 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 122

1.1     Objektif Jabatan Pendidikan Muzik:
                         Menyediakan  guru  Muzik  yang  berpengetahuan  dan  berkemahiran  untuk  memenuhi  keperluan
                          Pendidikan Muzik.
                         Melahirkan guru Muzik berkompetensi tinggi dan sentiasa mematuhi nilai profesionalisme dan etika
                          keguruan.
                         Mengamalkan  sikap  positif  dan  menerapkan  nilai-nilai  murni  melalui  aktiviti  muzikal  yang
                          berteraskan budaya Kebangsaan.
                         Meningkatkan usaha ke arah kejayaan jabatan sebagai pusat rujukan dan kecemerlangan dalam
                          Pendidikan Muzik.
                         Meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman serta melaksanakan program Pendidikan
                          Muzik yang lebih bermutu.


               2.0     LAPORAN AKTIVITI

               2.1     Pementasan Teater Bangsawan Cinta Kayangan Tuanku Syahrian

                       Tarikh :  8 April 2016


                       Tempat : Dewan Dato‟ Razali Ismail IPG Kampus Ilmu Khas
                       Persembahan teater Bangsawan ini adalah sebagai memenuhi sebahagian daripada kerja projek bagi
                       Kursus  Muzik Malaysia yang harus dilaksanakan oleh sebanyak 22 orang pelajar PISMP Pendidikan
                       Muzik  semester  5.  Persediaan  dilakukan  sejak  awal  lagi  oleh  semua  pelajar  semester  tersebut.
                       Tanggungjawab yang diberikan dilakukan dengan baik dan penuh rasa integriti yang tinggi sehingga
                       berjaya mempamerkan satu persembahan yang amat baik serta berkualiti.






















               2.2     Lawatan Pihak Yamaha Muzik Japan ke Jabatan Pendidikan Muzik

                       Tarikh : 26 April 2016

                       Tempat: Bilik Mesyuarat Jabatan Pendidikan Muzik IPG Kampus Ilmu Khas.

                       Tujuan kunjungan wakil Yamaha Muzik Japan mewakili Ketua Jabatan Pendidikan Muzik Jepun Encik.
                       Sho  Saito  adalah  untuk  mendapatkan  gambaran  tentang  peranan  IPG  dalam  sistem  pembelajaran
                       muzik di sekolah-sekolah di Malaysia.





                                                           122
   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127