Page 124 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 124
2.4 Persembahan Koir Sempena Anugerah Anak Cemerlang Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM
dan STAM 2015
Tarikh: 29 April 2016
Tempat: Dewan Serbaguna KPM Aras 9, Blok E12, Kompleks Parcel E Putrajaya
Sebanyak 24 orang pelajar Jabatan Pendidikan Muzik telah membuat persembahan pembukaan untuk
Majlis Anugerah Anak Cemerlang PUSPANITA dan MESCA diiringi oleh dua orang Pensyarah iaitu
Puan Nadiah Hayati bt. Omar dan Cik Lee Yoke Fun bertempat di Dewan Serbaguna KPM Aras 9, Blok
E12, Kompleks Parcel E Putrajaya. Persembahan tersebut dapat memberi pengalaman yang berharga
buat pelajar-pelajar yang terlibat serta akan dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang
muzik.
Persembahan nyanyian.
2.5 Mini Festival IYC 2016 Sempena Hari Ulang Tahun ke-28 Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Kuala
Lumpur
Tarikh: 30 April 2016
Tempat: Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur
Mini Festival IYC 2016 Sempena Hari Ulang Tahun ke-28 Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Kuala
Lumpur merupakan program usaha sama dari segi konsep aktiviti. Pihak IYC telah mengadakan satu
aktiviti bercorak mencungkil bakat dari kalangan murid sekolah rendah dan menengah di sekitar
Lembah Kelang. Hampir 30 penyertaan telah diterima yang merangkumi bidang nyanyian, tarian dan
bakat gimik berunsur kreatif.
Pertandingan tersebut telah diadakan di Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur. IPGKIK (Jabatan
Pendidikan Muzik) berperanan sebagai rakan kerjasama bagi melahirkan idea dalam mengadakan
aktiviti serta pengadilan. Nama aktiviti IYC Got Talent juga adalah cetusan idea daripada Pensyarah
Jabatan Pendidikan Muzik dalam satu mesyuarat kerjasama yang diadakan di Jabatan Pendidikan
Muzik sebelum itu. Beberapa orang siswa guru telah dipilih sebagai jawatankuasa aktiviti dengan juru
acara utamanya juga merupakan siswa guru dari Jabatan Pendidikan Muzik. Semua pensyarah JPMz
menyumbang kepakaran dan empat orang pensyarah telah dilantik sebagai Juri Got Talent manakala
enam orang siswa guru JPMz mengendalikan aktiviti pertandingan pada hari tersebut.
124