Page 33 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 33
SBJK telah memberikan kerjasama yang amat baik. Perlaksanaan PdP berjalan
lancar dengan mengintegrasikan konsep Pedagogi inklusif dengan aktiviti yang
menarik. Berdasarkan perbincangan dan soal jawab antara wakil IPG KIK dan SBJK,
didapati aktiviti yang disyorkan adalah amat sesuai dan dapat menjana kesediaan
belajar pelajar SBJK.
2.2 Sharing Session Linus 2.0
2.2.1 Tarikh : 2 Mac 2016
2.2.2 Tempat : Jabatan Pengkhususan Bahasa Inggeris, IPG Kampus Ilmu Khas
2.2.3 Fasilitator : Cik Viloshena a/p Ravandran
SJK (T) Pulau Carey Timur, Pulau Carey
2.2.4 Peserta : 1. Cik Irna Chan (Guru Bahasa Inggeris SBJK)
2. Puan Zarina Mustafa (Pensyarah IPGKIK)
3. Dr. Assunta Carolina (Pensyarah IPGKIK)
4. Dr. Zaira Abu Hassan Shaari (Pensyarah IPGKIK)
5. Cik Siti Hawa Hasihim (Pensyarah IPGKIK)
2.2.5 Objektif Program:
Perkongsian maklumat serta pengalaman oleh Jurulatih Utama LINUS 2.0
(Bahasa Inggeris) bersama guru bahasa Inggeris SBJK dan Pensyarah JPBI
Membentuk perhubungan serta kerjasama antara pensyarah JPBI, IPGKIK dan
guru-guru SBJK dalam meningkatkan pembentukan peribadi dan pencapaian
akademik pelajar SBJK.
2.2.6 Laporan Sesi Perkongsian:
Sesi perkongsian ini telah mendedahkan kaedah perlaksanaan LINUS 2.0 dan juga
berkongsi aktiviti-aktiviti menarik untuk menarik minat pelajar SBJK dan seterusnya
membolehkan mereka membaca dalam Bahasa Inggeris. Sesi ini juga telah
membolehkan guru Bahasa Inggeris SBJK membina rangkaian kenalan untuk
berkongsi pengalaman PdP.
2.3 Sesi Uji Rintis Modul
2.3.1 Tarikh : 14 Jun 2016
2.3.2 Tempat : Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
2.3.3 Objektif Program
Sesi uji rintis ini dijalankan untuk menguji keberkesanan pendekatan dan
kesesuaian kandungan modul PdP IPGKIK-SBJK. Empat sesi uji rintis untuk
subjek-subjek Pendidikan Islam, Bahasa Melayu, Matematik dan Seni Kreatif
telah dijalankan. Butiran sesi uji rintis tersebut adalah seperti di dalam jadual di
bawah:
33