Page 32 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 32
10.2 Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK)
1.0 PENGENALAN
Penubuhan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) adalah usaha kerajaan untuk menyediakan
akses pendidikan formal kepada kanak-kanak jalanan supaya mereka dapat berdikari dan tidak
menjadi beban kepada masyarakat dan negara pada masa hadapan.
Cadangan penubuhan SBJK ini telah dibincangkan dan dipersetujui di dalam mesyuarat berikut:
a) Mesyuarat Profesional Bil. 25/2011 bertarikh 10 November 2011
b) Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM Bil. 2/2012 pada 2 Februari 2012 dan Bil. 8/2012 pada 23
Mei 2012.
c) Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri KPM Bil. 9/2012 pada 23 Mei 2012
SBJK menggunakan kurikulum kebangsaan yang diubah suai, berkonsepkan pendidikan formal dan
berstruktur, berfokus kepada kesediaan dan keupayaan kanak-kanak jalanan dengan kerjasama KPM
dan agensi kerajaan yang lain dan badan-badan bukan kerajaan (NGO). Kurikulum SBJK disediakan
agar murid mendapat pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian
dan sesuai dengan persekitaran, tahap dan sosiobudaya murid dan pembelajaran sepanjang hayat.
Kategori kanak-kanak yang diterima masuk ke SBJK seperti berikut:
i. Kanak-kanak Warganegara dan kanak-kanak anak kepada salah seorang ibu bapa/penjaga
warganegara
ii. Kanak-kanak terpinggir - yang mempunyai ibu bapa atau penjaga tetapi tidak mendapat akses
kepada pendidikan.
iii. Kanak-kanak Jalanan - yang tidak dikenal pasti ibu bapa atau penjaga dan tidak mendapat akses
kepada pendidikan.
iv. Kanak-kanak tanpa Dokumen - yang dikenal pasti tidak mempunyai dokumen pengenalan diri
seperti sijil kelahiran atau kad pengenalan.
v. Kanak-kanak yatim piatu yang tinggal di bawah pusat jagaan kanak-kanak yang berdaftar dengan
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
2.0 PROGRAM SEPANJANG 2016
2.1 Lawatan Pelaksanaan Ujian Rintis Modul Pendidikan Seni Kreatif & Pedagogi Inklusif
2.1.1 Tarikh : 21 Januari 2016
2.1.2 Tempat : Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
2.1.3 Peserta : Empat orang pensyarah dan empat orang pelajar
2.1.4 Objektif Lawatan:
Perkongsian maklumat serta pengalaman oleh pensyarah dan guru-guru sebagai
panduan bersama untuk pembinaan modul Pendidikan Seni Kreatif.
Melaksanakan ujian rintis pengajaran dan pembelajaran oleh pelajar IPGKIK bagi
pembinaan modul Pendidikan Seni Kreatif.
Membentuk perhubungan serta kerjasama antara pensyarah JPSV, IPGKIK dan
guru-guru SBJK dalam meningkatkan pembentukan peribadi dan pencapaian
akademik pelajar SBJK.
2.1.5 Rumusan Lawatan:
Lawatan ini telah memberi banyak input dan maklumat yang berguna kepada wakil
IPGKIK bagi proses pembinaan modul. Penolong Kanan Akademik dan guru-guru
32