Page 27 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 27
10.1 Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir (PKKB)
LAPORAN TAHUNAN JK PUSAT KECEMERLANGAN KEMAHIRAN BERFIKIR (PKKB) IPGKIK,
ZON TENGAH DAN ZON SELATAN TAHUN 2016
Sepanjang tahun 2016 Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir (PKKB) IPGKIK telah meneruskan
pelbagai aktiviti untuk memantapkan pembudayaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam
kalangan warga IPGKIK dan meningkatkan perkongsian maklumat dengan pihak luar. Usaha dalam
menyediakan persekitaran yang kondusif untuk aktiviti pembelajaran dan pengajaran Abad ke-21 juga
dilaksanakan. Antaranya seperti Pelancaran Majlis Perasmian Bilik Aktiviti Kemahiran Berfikir PKKB
IPGK IK pada 25 Mac 2016 yang disertai oleh 42 AJK PKKB dan 72 JU Muda. Bilik Aktiviti Kemahiran
Berfikir PKKB (BAKB) telah dirasmikan oleh YBhg En. Abdul Rahim bin Abdul Latif, Pengarah Sektor
Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar, IPGM.
Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir (PKKB) IPGKIK telah menerima lawatan kerja delegasi dari
Indonesia pada 3 Mei 2016 yang terdiri dari 30 orang guru pascasarjana STKIP Pasundan, Bandung,
Indonesia bersama pegawai BHA KPM. Di samping itu PPKB juga menerima lawatan kerja delegasi
dari Sri Lanka pada 4 Mei 2016 dari 25 orang Pengetua Sri Lanka, 5 pegawai Konsultan (MIT,
Thailand) bersama pegawai Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPM.
AJK PKKB IPGKIK telah mengambil bahagian dalam pameran sempena Sambutan Hari Guru 2016
Peringkat Wilayah Persekutuan di IPG Kampus Bahasa Melayu pada 24 – 26 Mei 2016. Seterusnya,
PKKB IPGKIK telah berjaya meneruskan penglibatan dan pemantauan di dua buah sekolah nukleus
iaitu SK Sg Lui dan SK Cochrane Perkasa. Sebanyak 17 latihan dalam pemantapan PdP menerap
elemen KBAT telah berjaya dilaksanakan sepanjang tahun untuk empat mata pelajaran teras iaitu
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Guru-guru diberi peluang menyertai kursus 2
hari (16-17 November 2016) dalam penyediaan rancangan pengajaran abad ke-21 sebagai usaha
membudayakan KBAT dalam PdP iaitu Kursus Pengaplikasian Pengajaran Integral ASIE dan Utusan
Pelajar untuk Guru dan Pensyarah Pembimbing Sekolah Nukleus Peringkat Zon Tengah dan Zon
Selatan dan sekolah jemputan di sekitar IPGKIK. Ini adalah satu kursus kolaborasi anjuran PKKB,
IPGKIK dengan Utusan Malaysia Berhad.
Latihan kepada JU Muda terus diperkemaskan supaya mereka dapat menjadi pelapis kepada pelajar
IPG dengan memberi latihan aplikasi KBAT. Di samping itu, JU Muda juga memberi latihan kepada
rakan sebaya semasa sesi mentoring. Portal KBAT yang dibangunkan telah menjadi sumber rujukan
dan perkongsian secara maya pada warga pendidik dan peserta kursus . Portal ini juga
mendokumentasikan segala aktiviti dan program yang dijalankan oleh PKKB IPGKIK. Semenjak
diwujudkan, portal ini telah dikunjungi oleh 9251 pelawat. Sebanyak 10 kursus KBAT dan 10 bengkel
KBAT telah dilaksanakan untuk sekolah dan agensi luar, termasuk 1 kursus untuk JU MUDA, 17
latihan KBAT telah dilaksanakan kepada sekolah nukleus dan 1 lawatan pemantauan ke dua buah
Sekolah Nukleus. Rumusan bilangan aktiviti ditunjukkan pada Rajah 1 dan rumusan peserta kursus
yang dikendalikan ditunjukkan pada Rajah 2.
Tiga (3) kajian mengenai aplikasi KBAT telah dilaksanakan dan dibentangkan di peringkat
kebangsaan. Beberapa lagi kajian dalam proses pembentangan hingga di hujung bulan November
dan Disember 2016.
27