Page 39 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 39

10.3 Pedagogi Inklusif




               1.0     PENGENALAN

               Salah satu dasar dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM:2013-2025) ialah memberi
               penekanan  terhadap  kewujudan  kumpulan  murid  yang  berkeperluan  khusus.  Murid  berkeperluan
               khusus  ini merujuk  murid berkeperluan  khas, murid  peribumi, kumpulan  minoriti  seperti  Orang  Asli
               dan Penan, murid pintar cerdas dan murid di sekolah kurang murid (PPPM; 4-16). Adalah menjadi
               hasrat  kerajaan  untuk  memberi  ruang  dan  peluang  pendidikan  yang  berkualiti  tinggi  serta  relevan
               dengan keperluan mereka.

               Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM: 2013-2025), pendidikan inklusif amat
               penting  untuk  memenuhi  keperluan  pembelajaran  kanak-kanak  daripada  pelbagai  latar  belakang
               sosiobudaya,  tahap  kognitif  dan  kemampuan  psikomotor.  Pada  umumnya,  konsep  inklusif  dalam
               pendidikan  memberi  penekanan  kepada  keperluan  untuk  melibatkan  semua  kanak-kanak  yang
               berbeza  tahap  untuk  melakukan  aktiviti  berdasarkan  kemampuan  mereka  yang  selari  dengan
               matlamat  pengajaran  dan  pembelajaran  (PdP)  yang  dihasratkan  (Florian,  2013,  Jordan  &  McGhie-
               Richmond, 2014). Setiap kanak-kanak dihargai dan diberi peluang untuk melibatkan diri secara aktif
               dalam  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  (Moriaty,  2007;  Florian,  2013;  Loreman,  Forlin,
               Chambers, Sharma, & Deppeler, 2014). Guru perlu mewujudkan peluang-peluang pembelajaran yang
               mencukupi  untuk  semua  murid  dan  bukannya  mengecualikan  mereka  seperti  apa  yang  lazimnya
               berlaku di dalam bilik darjah.

               Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP) IPGKIK telah diamanahkan untuk mengurus Pedagogi Inklusif ini sejak
               tahun 2014. Pada tahun 2016 ini, JIP teruskan usaha dengan pelbagai aktiviti.


               2.0     PROGRAM SEPANJANG 2016

               2.1     Pembentangan di Bahagian Pendidikan Khas, Putrajaya
               Bahagian  Pendidikan  Khas  menjemput  Jawatankuasa  Pedagogi  Inklusif  berkongsi  input  untuk
               memantapkan  modul  masing-masing.  Ketua  Jabatan  Ilmu  Pendidikan,  Encik  Mohd  On  bin  Ahmad
               bersama-sama  dengan  beberapa  orang  AJK  melaksanakan  pembentangan  dan  perbincangan
               dengan mereka.



























                                                           39
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44