Page 42 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 42
10.4 Teaching School
1.0 LATAR BELAKANG
1.1 Teaching School ialah sekolah yang dijadikan sebagai makmal untuk melatih siswa guru,
menjalankan eksperimen untuk pembentukan teori baharu atau mencuba idea kreatif dan
inovatif, menjalankan penyelidikan dan program pembangunan profesionalisme guru.
1.2 Teaching School (Model B) telah mula dilaksanakan di IPGKIK pada tahun 2016.
Pemilihan rakan ‘Teaching School’ berdasarkan surat arahan dari IPGM dengan nombor
rujukan KP(IPG)8484/800/8/(49) bertarikh 2 Julai 2015.
1.3 Sekolah Kebangsaan Seri Tasik, Bandar Seri Permaisuri, Kuala Lumpur telah dipilih
sebagai rakan kerjasama program ini kerana kedudukan sekolah yang berhampiran
kampus ini, wujudnya hubungan awal antara IPGKIK dengan sekolah tersebut, dan
prestasi sekolah yang masih ada ruang peningkatan.
2.0 TUJUAN PENUBUHAN „TEACHING SCHOOL’
Penubuhan Teaching School bertujuan:
3.1 Menyediakan tempat bagi membolehkan pensyarah dan siswa guru IPGKIK memperoleh
pengalaman kontekstual bagi pengajaran mikro dan makro, lesson study, dan
penyelidikan tindakan.
3.2 Memperkukuh pengetahuan dan amalan dalam pengajaran dan pembelajaran guru
sekolah, siswa guru dan pensyarah.
3.3 Memantapkan kemahiran profesional guru sekolah melalui LADAP, penyelidikan,
coaching, mentoring dan lain-lain.
3.4 Membimbing pelaksanaan KSSR dalam membentuk kemenjadian murid melalui
penggunaan strategi, kaedah, teknologi terkini yang berkesan seperti KBAT, i-think dan
lain-lain.
3.5 Menambahkan pengalaman siswa guru terhadap iklim pembelajaran yang kondusif dan
budaya di sekolah.
3.6 Menyediakan peluang ke arah pembudayaan inovasi dan penyelidikan dalam
pendidikan.
3.7 Menjadikan teaching school sebagai model sekolah rendah negara.
3.0 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN TEACHING SCHOOL
Untuk memudahkan pengurusan dan pentadbiran program ini, Jawatan kuasa Pengoperasian
Teaching School’ telah dibentuk. Struktur Jawatankuasa Pengoperasian Teaching School
adalah seperti yang berikut:
Pengerusi : Dr. Mohd. Suhaimi bin Mohamed Ali
Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas
(Mulai 1 September 2016)
Dr. Roziah binti Abdullah
Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas
(1 Januari 2016 – 31 Ogos 2016)
42