Page 46 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 46
11.1 JABATAN HAL EHWAL PELAJAR (JHEP)
(Dari kiri) Tn. Hj Saharudin bin. Suhadi (KJ HEP), Dr. Mustapha Kamal bin. Ahmad Kassim (Timb KJ HEP), Dr.
Abdul Hameed bin. Abdul Majid, Pn. Rose Maria Ira binti Ahmad Jailan (Bawah kiri), Cik Nabilah binti Razali, En
Zainul Fikri bin. Ramli dan Pn. Maizatul Suraya binti Mohd Nor
1.0 PENGENALAN
Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) diketuai oleh Tn. Hj Saharudin bin Suhadi dan timbalan Dr. Hj.
Mustapha Kamal Bin Hj. Ahmad Kassim. Selain itu, JHEP juga dianggotai oleh Dr. Abdul Hameed Bin Abdul
Majid, Pn Rose Maria Ira Bt Ahmad Jailani dan tiga orang pegawai pengurusan iaitu En. Zainul Fikri Bin Ramli,
Pn. Maizatul Suraya Binti Muhammad Nor dan Cik Nabilah Binti Razali.
Terdapat tiga unit di dalam JHEP iaitu Unit Pengembangan & Kepimpinan, Unit Disiplin & Tatatertib,
Unit Kebajikan dan Keselamatan Pelajar. Unit Pengembangan & Kepimpinan diketuai oleh Ustaz Dr. Hj
Mustapha Kamal dan dibantu oleh Pn. Maizatul Suraya. Unit ini memfokuskan kepada program tutorial siswa
guru dan pensyarah serta program mentor-mentee. Bagi Unit Disiplin & Tatatertib diketuai oleh Dr. Abdul
Hameed dan dibantu oleh Cik Nabilah pula berkaitan dengan kehadiran siswa guru, rekod disiplin serta
peraturan di bawah Akta 174. Manakala, bagi Unit Kebajikan & Keselamatan siswa guru pula diketuai oleh Pn.
Rose Maria Ira. Unit ini memfokuskan kepada keselamatan siswa guru di dalam dan di luar kampus serta
menguruskan sumbangan kepada siswa guru yang kurang bernasib baik.
46