Page 51 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 51

11.3  JABATAN PENDIDIKAN SENI VISUAL





























               Dari kiri : En. Shahril bin Awang, Cik Zaharah binti Mohamad, Pn. Puspawathey a/p Andal, Pn. Zainun binti Abu
               Bakar, Pn. Faridah Anum binti Abd Wahid (TKJ), Pn. Azizah binti Suleiman (KJ), Pn. Azlina binti Abd Rani, Pn.
               Nor Azizah binti Atan dan En. Salehuddin bin Zakaria.

               1.0     LATAR BELAKANG
               Jabatan Pendidikan Seni Visual (PSV) merupakan salah satu jabatan yang terawal ditawarkan di Institut ini sejak
               1960. Pada mulanya jabatan ini dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Seni namun kini lebih dikenali sebagai
               Jabatan Pendidikan Seni Visual selaras dengan peranan mata pelajaran ini yang bukan sahaja memberi fokus
               kepada seni tampak dan kraf sahaja bahkan kepada grafik dan Multimedia. Jabatan ini memberi pendidikan
               yang berkualiti dalam Pendidikan Seni Visual untuk mengembangkan potensi siswa guru secara menyeluruh dan
               bersepadu dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi bagi memenuhi hasrat Institut Pendidikan Guru (IPG).
               Jabatan  ini  terdiri  daripada  8  orang  pensyarah  yang  mempunyai  kepakaran  dan  pengalaman  dalam  bidang
               masing-masing yang telah mengajar pelbagai disiplin PSV di sekolah dan di IPG.Terdapat dua kumpulan pelajar
               teras yang terdiri daripada 30 orang siswa guru PISMP semester 8 dan 15 orang siswa guru PISMP semester 1.
               Selain  itu,  terdapat  juga  dua  kumpulan  bagi  elektif  teras  yang  terdiri  daripada  20  orang  siswa  guru  PISMP
               Semester 8 dan 11 orang siswa guru PISMP Semester 3.


               2.0     LAPORAN PROGRAM / AKTIVITI

               2.1     Perhimpunan Rasmi JPSV Bil 1/2016
                       -   Diadakan pada 14 Januari 2016 di JPSV. Dihadiri oleh 8 orang pensyarah JPSV, 30 orang siswa
                          guru PISMP semester 7 dan 15 orang siswa guru PISMP PPISMP semester 2. Impak program
                          adalah dapat memupuk persefahaman dan mengeratkan hubungan pensyarah dan siswa guru.

               2.2     LKS – Penyelidikan Tindakan 1

                       -   Diadakan pada 29 Januari 2016 di Bilik Mesyuarat JPSV. Penyertaan sebanyak 8 orang pensyarah
                          JPSV. Penceramah jemputan ialah Dr. Ismail Raduan.






                                                            51
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56