Page 48 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 48
2.3 Kursus Celik Kewangan 2016
Kursus Celik Kewangan ini telah diadakan pada 25 Oktober 2016 di Dewan Auditorium Blok Tesl IPG Kampus
Ilmu Khas. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran menyeluruh tentang pengurusan
kewangan peribadi siswa guru yang boleh diaplikasikan semasa mereka mengikuti latihan perguruan di IPG
kampus mahupun semasa berkhidmat sebagai guru di sekolah. Sebanyak 217 orang siswa guru semester akhir
iaitu semester 8 terlibat dalam kursus celik kewangan ini. Jurulatih utama dan juga penceramah bagi slot CK 1
dan 2 adalah Pn. Norzamziah dari Jabatan Matematik dan Sains, manakala pihak JHEP juga berkolaborasi
dengan pihak Affin Bank selaku penyampai bagi slot Simpanan dan Pelaburan serta Pengurusan dan
Perancangan Kewangan. Manakala, slot terakhir pula disampaikan oleh En Luqman Hakim dari Unit
Kokurikulum bagi slot Pengurusan Risiko, Perlindungan dan Insuran.
2.4 Penglibatan & Kolaboratif Jabatan/unit
Pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar berkolaboratif dengan pihak PNB bagi menjayakan program “Pertandingan
Kuiz Pelaburan PNB 1 Malaysia” serta pihak Affin Bank bagi “Kursus Celik Kewangan” pada tahun 2016 ini.
3.0 Rumusan
Sebagai rumusan, aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar diharap dapat membantu siswa
guru menjadi insan yang berdisiplin, meningkat maju serta berakhlak mulia dalam kecemerlangan profesion
perguruan mereka nanti.
48