Page 47 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 47
2.0 LAPORAN PROGRAM/AKTIVITI JABATAN HAL EHWAL PELAJAR 2016
2.1 Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB 1 Malaysia 2016
Pertandingan Kuiz PNB telah berlangsung pada 28 & 29 September 2016 di IPG Kampus Ilmu Khas. Objektif
utama pertandingan ini diadakan adalah untuk menyemai kesedaran menabung dengan lebih awal. Sebanyak
327 orang siswa guru terlibat dalam pertandingan kuiz yang julung kali diadakan di IPG Kampus Ilmu Khas ini.
Pada pertandingan ini, siswa guru daripada IPG Kampus Ilmu Khas telah muncul sebagai johan dan menerima
hadiah berupa wang tunai daripada pihak PNB.
2.2 Taklimat Temuduga SPP
Taklimat temuduga SPP telah diadakan pada 13 Oktober 2016 bertempat di Dewan Auditorium Blok Tesl
Kampus Ilmu Khas. Taklimat ini telah diberikan oleh Timbalan Pengarah SPP sendiri. Antara objektif utama
taklimat ini diadakan dengan lebih awal adalah sebagai satu persediaan kepada pelajar yang akan dipanggil
untuk temuduga sebagai guru. Sebanyak 217 orang siswa guru semester 8 terlibat dengan taklimat yang
diadakan di Dewan Auditorium IPG Kampus Ilmu Khas.
47