Page 54 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 54
2.12 Pameran Hari Guru Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2016
- Diadakan pada ada 26 Mei 2016 IPG Kampus
Bahasa Melayu. Slogan program ialah “Guru
Pembina Negara Bangsa”. Melalui program ini,
peserta-peserta telah mengetengahkan hasil
inovasi kepada guru-guru, pelajar dan
masyarakat umum
- Peserta terdiri daripada pensyarah, guru dan
pelajar sekolah-sekolah di Wilayah
Persekutuan.
2.13 Menguji Rintis Modul Pendidikan Kesenian - IPGKIK & SBJK
- Ujian Rintis diadakan pada 14 Jun
2016 di SBJK, Chow Kit, Kuala
Lumpur yang bertujuan untuk
memastikan modul Pendidikan
Kesenian yang telah digubal
menepati tahap kemahiran murid-
murid dan mudah digunakan oleh
guru-guru SBJK.
- Peserta dari JPSV terdiri daripada
8 orang pensyarah dan 4 orang
siswa guru.
2.14 Lawatan Pelarasan Pameran Budi
- Lawatan diadakan pada 1 – 3 Jun 2016 di ISI, Jogjakarta 2016.
- Peserta program terdiri daripada 8 orang pensyarah JPSV.
- Program ini telah berjaya memdapat pelarasan kefahaman tentang usaha kerjasama pihak IPGKIK
dan ISI.
2.15 Jualan Dana Pameran Budi 2016
- Program ini diadakan pada 28 Jun 2016 di Perkarangan Galeri Tan Sri Ghazali Shafei. Jualan
Dana BUDI merupakan aktiviti jualan yang dirancang dan dikendalikan sepenuhnya oleh
Jawatankuasa Pameran SENI RUPA 2016 iaitu pelajar Pendidikan Seni Visual (Major) Semester 8.
- Jualan Dana Pameran Budi 2 diadakan pada 7-8 September 2016 di hadapan Koperasi IPGKIK.
- Objektif program – mencari dana tambahan untuk menjayakan Pameran BUDI di Institut Seni
Rupa dan menerapkan elemen keusahawanan dalam kalangan siswa guru.
- Sebanyak 39 orang siswa guru dan 8 Orang pensyarah JPSV terlibat dalam jualan dana ini.
- Jualan Dana BUDI ini dapat membantu dalam mengumpul dana bagi menjayakan pameran
tersebut dengan baik.
54