Page 105 - ManualPengurusan_7Jul2017
P. 105
9. 8 JAWATANKUASA INTEGRITI TADBIR URUS (JITU)
BIDANG TUGAS
1. Perundangan:
Mengenal pasti, mengkaji serta memperaku pindaan kepada mana-mana undang-undang dan peraturan
jabatan yang dapat mengatasi kelemahan pengurusan, mempertingkatkan kawalan terhadap perlakuan rasuah,
salah guna kuasa serta penyelewengan terutamanya dalam pengurusan kewangan.
2. Sistem dan Prosedur Kerja:
Mengenal pasti, mengkaji serta memperakukan kepada pihak berkuasa berkenaan apa-apa perubahan dalam
sistem dan prosedur kerja jabatan bagi meningkatkan kecekapan, keberkesanan, ketelusan serta akauntabiliti
dalam perkhidmatan di samping pencegahan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan terutamanya
dalam pengurusan kewangan.
3. Nilai-nilai Murni dan Etika:
Melaksanakan aktiviti penggalakan, penerapan serta penghayatan nilai-nilai murni dan etika bagi memperkukuh
tahap integriti pegawai dan staf di jabatan berkenaan atas keyakinan bahawa pengaruh etika yang disepadukan
dengan pengaruh undang-undang akan lebih berjaya dan berkesan dalam usaha mengekang hawa nafsu
daripada melakukan segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.
4. Kod Etika:
Menggubal atau memperkemas Kod Etika Kerja Jabatan sebagai panduan kepada warga jabatan.
5. Tindakan Pengesanan dan Punitif:
Mengambil tindakan atau memperakukan kepada pihak berkuasa tatatertib untuk mengambil tindakan tatatertib
ke atas pegawai dan staf yang didapati telah melanggar mana-mana peraturan di bawah Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 atau peraturan-peraturan lain dan kod etika jabatan berkenaan
dan memberi kerjasama atau melapor kepada SPRM sebarang perlakuan rasuah dan salah guna kuasa oleh
mana-mana pegawai jabatan.
6. Kawalan Dalaman:
Mengawas dan mengatur langkah-langkah kawalan dalaman dalam pelaksanaan tugas-tugas penyeliaan oleh
Pegawai Kanan bagi mencegah sebarang penyelewengan dan jenayah rasuah.
7. Tindakan Pemulihan:
Mengambil tindakan pemulihan selepas sesuatu kejadian pelanggaran tatatertib atau perlakuan jenayah
termasuk rasuah melalui tindakan-tindakan pembetulan seperti memperketat kawal selia disiplin, meminda
prosedur dan peraturan, memastikan prinsip ketelusan jabatan diamalkan serta meningkatkan kecekapan unit
dan bahagian yang berkenaan.
April 2017 96