Page 108 - ManualPengurusan_7Jul2017
P. 108
JAWATANKUASA TERAS 2
AKADEMIK
9.10 JAWATANKUASA AKADEMIK (JKA)
BIDANG TUGAS
1. Merancang dan mengurus pelaksanaan dasar dan hala tuju kurikulum dan pentaksiran IPGKIK seperti yang
ditetapkan oleh Senat;
2. Memastikan pembangunan dan pengurusan akademik latihan perguruan mematuhi keperluan dan piawaian
yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
3. Memastikan proses perancangan, penggubalan dan pemurnian kurikulum latihan perguruan dapat dijalankan
secara sistematik, profesional dan berkesan mengikut keperluan Institut-institut Pendidikan Guru dan
memenuhi prosedur kualiti MS ISO 9001:2008 dan spesifikasi MQA;
4. Menyelaras proses perancangan, penggubalan dan pemurnian item pentaksiran dan dokumen pentaksiran lain
berkaitan latihan perguruan dapat dijalankan secara sistematik, profesional dan berkesan mengikut keperluan
Institut-institut Pendidikan Guru dan memenuhi prosedur kualiti MS ISO 9001:2008 dan spesifikasi MQA;
5. Memastikan dan memantau proses pengurusan, perancangan dan pelaksanaan latihan perguruan dapat
dijalankan secara sistematik, profesional dan berkesan mengikut keperluan Institut-institut Pendidikan Guru;
6. Menyelaras proses kualiti bawah kawalan IPGM-PPK-PT-04, IPGM-PPK-PT-05 dan IPGM-PPK-PT-06
memenuhi standard dan piawaian yang ditetapkan dalam MS ISO 9001:2008, MQA, dan lain-lain standard yang
berkuatkuasa;
7. Mengurus maklum balas dan cadangan penambahbaikan kurikulum dan pentaksiran; dan
8. Merancang, mengurus dan menyelaraskan hal ehwal pengurusetiaan Jawatankuasa Akademik IPGKIK.
JAWATANKUASA
Penasihat Pengarah
Pengerusi Timbalan Pengarah
Setiausaha Akademik l Dr. Lim Zek Chew
Setiausaha Akademik ll Pn. Norulazilah binti Md. Nordin
Penolong Setiausaha Pn. Nor Alizah binti Alias
Akademik
Ahli Jawatankuasa Induk Semua Ketua Jabatan
April 2017 99