Page 1 - APA MAKSUD INCOGNITO
P. 1

APA MAKSUD INCOGNITO?





               Incognito atau Private browsing (kita rujuk sebagai Private Mode selepas ini) adalah salah satu cara
               untuk melindungi jejak selepas melayari internet.
               Jika anda melayari sesuatu laman web menggunakan private mode di sesebuah pelayar web, sejarah
               laman web, senarai muat turun, kekunci carian dan cookies akan hilang sebaik sahaja anda menutup
               tetingkap pelayar web tersebut. Semua maklumat tersebut akan dibuang untuk menjaga privasi
               anda.

               Sebagai contoh, jika anda log masuk ke akaun Facebook menggunakan pelayar web tanpa private
               mode, apabila anda tutup sebentar dan buka semula pelayar web tersebut, Facebook anda masih
               boleh dilayari tanpa perlu log masuk semula.

               Berbeza dengan private mode, selepas anda tutup dan buka semula pelayar web, akaun Facebook
               anda sudah terkeluar dan perlu log masuk semula.

               Senarai di bawah menunjukkan nama untuk Private Mode mengikut pelayar web:

                   •  Google Chrome – Incognito
                   •  Mozilla – Private Browsing

                   •  Opera – Private Browsing

                   •  Internet Explorer – InPrivate Browsing

                   •  Microsoft Edge – InPrivate Mode

                   •  Safari – Private Browsing


               Cara Guna Private Mode
               Untuk menggunakan private mode di pelayar web anda, klik pada menu File, seterusnya klik menu
               seperti yang dinyatakan di atas.



               Bila sesuai gunakan Private Mode / Incognito ?
                   •  Tidak mahu orang lain melihat history pelayar web anda. Tidak perlu


                       bersihkan history selepas gunakan private mode.

                   •  Jika anda meminjam komputer orang lain atau gunakan komputer yang dikongsi seperti di
                       perpustakaan atau makmal komputer, private mode sesuai untuk elakkan anda mungkin
                       terlupa logout atau bersihkan history.

                   •  Log masuk beberapa akaun di pelayar web yang sama. Jika anda miliki 2 akaun Gmail, dan
                       mahu akses keduanya menggunakan pelayar web yang sama, contohnya Google Chrome, log
                       masuk akaun pertama melalui cara biasa, dan log masuk akaun ke 2 melalui private mode.
   1   2   3