Page 2 - APA MAKSUD INCOGNITO
P. 2

•  Mengurangkan maklumat yang disimpan pelayar web seperti maklumat yang di isi di borang
                       atas talian, kata kunci carian dan sebagainya.

                   •  Sesetengah enjin carian seperti di Google, ia ada algorithm yang mempengaruhi aktiviti
                       carian anda yang sebelumnya, gunakan private mode, carian anda untuk dapat keputusan
                       carian yang fresh.

                   •  Jika anda membina atau kerap menguji laman web, anda mungkin biasa dengan istilah “clear
                       cookies“. Guna private mode supaya tidak perlu membuatnya berulang kali.



               Salah Faham Berkenaan Private Mode / Incognito

               Private Mode tidak sembunyikan identiti dan dan lokasi anda

               Ingat, private mode hanya hilangkan jejak selepas anda selesai dan menutup pelayar web, ia tidak
               sembunyikan jejak, alamat IP, lokasi anda semasa menggunakannya.


               Aktiviti anda masih boleh dipantau

               Setiap aktiviti yang anda lakukan melalui Private mode masih melalui rangkaian internet seperti
               biasa. Setiap laman web yang anda layari tidak tersembunyi. Jadi pihak-pihak tertentu boleh
               mengesan aktiviti anda. ISP (internet service provider) seperi Telekom Malaysia, pihak pengurusan
               tempat kerja, atau universiti/kolej, antara pihak yang boleh melihat rekod aktiviti anda walaupun
               menggunakan Private mode.



               Fail muat-turun dan Bookmark akan kekal

               Jika semasa menggunakan Private mode anda memuat turun sesuatu ke komputer, atau menanda
               Bookmark laman web tertentu, kedua-dua ini akan kekal walaupun anda sudah menutup pelayar
               web. Walaupun history dan senarai muat turun sudah tiada, fail tersebut kekal di dalam folder muat
               turun.



               SuperCookies dan EverCookies, dua cookies yang degil

               Cookies ialah sedikit maklumat tentang anda dan laman web tertentu, yang disimpan dikomputer
               anda, jadi apabila anda layari kembali laman web tersebut, data anda masih ada. Sama seperti anda
               log masuk Facebook, add to cart di laman web jualan dan lain-lain. Apabila anda kembali ke web
               tersebut, tidak perlu log masuk semula Facebook, produk juga masih ada di Cart.

               Pernah anda mencari tentang sesuatu produk di Google atau Lazada, tiba-tiba di Facebook anda
               iklan produk itu muncul? Antara puncanya ialah cookies.
               Melalui private mode, maklumat ini (cookies biasa) akan dibuang sebaik sahaja anda menutup
               pelayar web.

               Menggunakan teknik SuperCookies dan EverCookies, laman web tertentu masih boleh mengenal
               pasti identiti komputer anda, aktiviti yang anda lakukan, carian anda dan sebagainya melalui cookies
               yang degil ini.
   1   2   3