Page 6 - 2019_BUKU AGM SERI AR RAUDHAH_13 APRIL
P. 6
2.0 Ucapan Timbalan Pengerusi PIBG 2017.
2.1 Encik Ahmad Daud Bin Dahlan mengalu-alukan kehadiran semua ahli PIBG.
2.2 Ucapan tahniah kepada Seri Ar Raudhah kerana berjaya mengadakan mengadakan
Mesyuarat PIBG dan ucapan terima kasih kepada barisan AJK PIBG yang berjaya mengurus PIBG
2017 dengan baik.
2.3 Ucapan permohonan maaf atas segala kekurangan selama memegang jawatan sebagai
Timbalan Pengerusi PIBG 2017. Seterusnya meletakkan jawatan tersebut untuk lantikan Ahli
Jawatankuasa PIBG 2018.
2.4 Timbalan Pengerusi memaklumkan pembubaran AJK PIBG Sesi 2017 dan Pelantikan AJK yang
baru bagi Sesi 2018.
Tindakan : ENCIK AHMAD DAUD BIN DAHLAN
3.0 Pemilihan AJK PIBG Seri Ar Raudhah
3.1 Pengerusi PIBG
Cadangan 1: Ustaz Hatta Yunus @ Sawabi
Dicadang oleh Encik Ahmad Daud Bin Dahlan
Cadangan 2: Ustaz Ajwadi Bin Ahmad
Dicadang oleh Encik Faizol Bin Ariffin
Cadangan ditutup oleh Encik Baharuddin
Cadangan pertama telah mendapat 29 undian dan undian kedua mendapat 20 undian. Jawatan
Pengerusi PIBG telah di sandang oleh Ustaz Hatta Yunus @Sawabi.
3.2 Timbalan PIBG
Seluruh ahli mesyuarat telah sebulat suara memilih Ustaz Ajwadi Bin Ahmad sebagai timbalan
pengerusi PIBG.
3.3 Setiausaha
Ustaz Muhammad Saifuddin Bin Awang Ramli telah mencadangkan Ustzah Muharni Binti Amran
untuk menjadi setiausaha dan ahli mesyuarat telah sebulat suara memilih cdangan tersebut.
3.4 Bendahari
Bendahari dikekalkan seperti AJK PIBG tahun lepas iaitu Ustazah Nooratika Askar.
6 | P a g e