Page 8 - 2019_BUKU AGM SERI AR RAUDHAH_13 APRIL
P. 8

LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN

                                           PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU


                                         SEKOLAH RENDAH ISLAM AR RAUDHAH

                                                    SESI 2018/2019

                 PENDAHULUAN

                 Hasil kerjasama ahli jawatankuasa PIBG yang dilantik dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali   Ke-2,
               Alhamdulillah aktiviti-aktiviti telah dapat dijalankan dengan aktif dan lancar sepanjang tempoh
                 perkhidmatan 2018/2019. Asas dasar yang dibuat pada awal perkhidmatan telah dipraktikkan

               oleh semua ahli jawatankuasa antaranya:



               1. Bekerja berkumpulan dengan semangat setiakawan, terbuka dan ikhlas.

               2. Aktiviti berdasarkan idea yang praktik mesti mampu menarik minat ibu bapa mendekati
               sekolah dan dapat menghubungkan ibu bapa – murid – guru, yang mana murid menjadi

               penghubung dan sekolah menjadi lapang interaksi.

               3. Setiap aktiviti yang dirancang oleh PIBG seboleh-bolehnya mencari sumber kewangan sendiri.

               4. Menambah  ahli  PIBG yang  aktif  supaya  dapat menjalankan aktiviti dengan lebih berkesan.

               5. Dasar aktiviti hendaklah dengan tujuan sebagai pelengkap, tambahan dan tidak bertidih
                 dengan aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.




                                                  AKTIVITI TAHUNAN

                                           PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

                                         SEKOLAH RENDAH ISLAM AR RAUDHAH




               1.  MESYUARAT AJK PIBG

               Bagi merancang dan melaksanakan dan menjayakan program sepanjang tahun PIBG dan sekolah,

               Mesyuarat AJK PIBG telah diadakan sebanyak 7 kali bagi sesi 2018/2019 iaitu pada 04 April 2018,
                 11  April  2018,  05  Mei  2018,  21  Oktober  2018,  06  November  2018,  11  November  2018,  13

               Februari  2019.  Manakala  mesyuarat  khas    diadakan    sekali    pada  09  Mac  2019    bagi

               membincangkan persiapan Mesyuarat Agung Kali Ke-3.











                                                                                                8 | P a g e
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13