Page 10 - DUA6012 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM e-Folio : etika kewartawanan
P. 10
3. Keraguan Terhadap Sumber Berita
▪ Wartawan juga menghadapi cabaran untuk
menyampaikan berita yang benar kepada
masyarakat. Hal ini kerana ada kalanya sumber yang
diperolehi boleh diragui kesahihannya ataupun
wartawan itu sendiri salah menafsir sumber ataupun
salah membuat kesimpulan dan analisis. Akibatnya,
laporan yang disampaikan oleh wartawan akan
diragui oleh masyarakat.
4. Laman Sosial
▪ Kepelbagaian bahan teknologi menjadikan blogger
lebih kreatif dalam penyampaian maklumat. Oleh itu,
kebanyakan penulis blog adalah terdiri daripada
golongan penulis yang tidak diiktiraf sebagai penulis
yang berkaliber. Kesahihan maklumat yang
disampaikan diragui kerana penulis itu tiada kredibiliti
sebagai seorang penulis yang mempunyai kelayakan
dalam bidang kewartawanan. Tuntasnya, kerjaya
kewartawanan akan tergugat akibat daripada
maklumat yang disebarkan akan mudah diubahsuai
oleh blogger yang hanya mahu meluaskan karya
penulisannya. Hal ini, boleh menyebabkan kredibiliti
seorang wartawan diragui oleh masyarakat umum.
Ini merupakan salah satu bentuk cabaran yang perlu
dihadapi oleh para wartawan apabila berlaku
transformasi pembangunan industri media.