Page 9 - DUA6012 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM e-Folio : etika kewartawanan
P. 9
Isu dan Cabaran Etika
Kewartawanan
1. Cabaran Untuk Berhadapan Dengan Golongan
Berpengaruh
▪ Terdapat segelintir dari golongan orang yang
berpengaruh seperti ahli politik,artis, ahli akademik
dan sebagainya mencurigai wartawan. Mereka
menganggap wartawan adalah sebagai penjaga
tepi kain orang lain untuk membongkar rahsia dan
seterusnya menyiarkannya kepada
masyarakat.Selain itu, wartawan juga menghadapi
masalah off record yang diberikan oleh golongan
yang berpengaruh untuk pengetahuan diri
wartawan tetapi bukan untuk disiarkan oleh akhbar
seperti isu yang melibatkan keselamatan negara,
pergeseran politik dan penyelewengan kewangan.
2. Penawaran Sogokan (Rasuah)
▪ Terdapat juga dari segelintir golongan
mempergunakan wartawan untuk tujuan publisiti
jangka panjang yang memberikan keuntungan
kepada pihak tersebut. Justeru itu, mereka sanggup
menawarkan beberapa keistimewaan kepada
wartawan seperti menaja kos percutian ke luar
negara melalui syarikat pelancongan dan
penerbangan serta memberikan sedikit saguhati
berupa barangan ataupun wang.