Page 2 - DUA6012 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM e-Folio : etika kewartawanan
P. 2
PENGENALAN
Wartawan merupakan golongan professional yang
peranannya mampu untuk mempengaruhi pandangan
atau sikap masyarakat melalui berita dan laporan. Oleh
hal yang demikian, wartawan dianggap sebagai agen
perubahan masyarakat.
Etika kewartawanan merupakan tanggungjawab dalam
pemberitaan.
Sebagai golongan yang berpengaruh, wartawan perlu
mempunyai etika dalam profesionnya untuk dijadikan
peraturan dan panduan dalam menjalankan tugas
harian dengan rasa disiplin dan penuh tanggungjawab.
Antara tangunggjawab utama wartawan ialah
melaporkan berita secara adil, jujur dan tepat serta
menghormat kerahsiaan maklumat. Ini merupakan aspek
yang paling penting dalam profesion kewartawanan.
Wartawan perlu mempunyai etika untuk menghindari
berita yang palsu, bersifat perkauman, hasutan dan
bertentangan dengan tatasusila masyarakat. Bagi
memenuhi keperluan ini, beberapa langkah atau
pendekatan yang digunakan dalam profesion
kewaratawanan perlu diwujudkan melalui suatu etika
yang bersesuaian.