Page 3 - DUA6012 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM e-Folio : etika kewartawanan
P. 3

 Wartawan           merupakan         golongan        profesional       yang
                         peranannya mampu untuk mempengaruhi pandangan
                         atau sikap masyarakat melalui berita dan laporan. Ia
                         juga     merupakan satu kerjaya dalam industri media
                         massa,      yang      merangkumi         surat     khabar,      majalah,
                         televisyen,     radio     dan     internet.     Seorang       wartawan
                         bertugas untuk mengumpul dan menyebarkan maklumat
                         tentang berita terkini, orang ternama, tren dan isu-isu
                         yang relevan. Wartawan juga termasuk pengarang,
                         editor, pemberita, penyiar, pembaca berita dan lain-lain.




                      Karier sebagai seorang wartawan bukanlah semudah
                         yang          disangkakan.             Wartawan             mempunyai
                         tanggungjawab besar dalam menyampaikan pelbagai
                         informasi dan maklumat kepada masyarakat.Namun,
                         pada masa yang sama golongan wartawan terdedah
                         dengan risiko dikenakan tindakan undang-undang setiap
                         kali melaporkan sesebuah berita. Oleh                     itu, undang-
                         undang diwujudkan untuk mengawal salah laku individu
                         atau kumpulan terhadap penguatkuasaan dasar-dasar
                         yang dilaksanakan oleh kerajaan.




                      Justeru        itu,   akta-akta        berkaitan       dengan         dunia
                         kewartawanan digubal supaya para wartawan mengikut
                         etika dalam menjalankan tugasan mereka.Wartawan-
                         wartawan di          Malaysia harus peka dengan enam
                         undang-undang utama yang sering dikaitkan dengan
                         dunia kewartawanan serta menjadikannya sebagai garis
                         panduan dalam menulis sebarang berita. Undang-
                         undang tersebut terdiri daripada Akta Fitnah 1957, Akta
                         Hasutan 1948, AktaRahsia Rasmi 1972, Akta Mesin Cetak
                         dan Penerbitan 1984,             Akta Hakcipta 1987, dan Akta
                         Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2004.
   1   2   3   4   5   6   7   8