Page 102 - Laporan Tahunan ISM
P. 102

KURSUS KEPEKAAN GENDER TAHAP 2

                Kursus Kepekaan Gender Tahap 2 diadakan
                selama tiga (3) hari bermula pada 22 hingga 24
                Jun 2021, secara dalam talian. Kursus ini yang
                bertujuan  untuk  i)  memperkenalkan   konsep
                gender dan kepentingan dalam pembangunan
                insan dan negara, ii) membincangkan isu-isu
                penting dalam masyarakat berkaitan dengan
                gender,    iii)  membincangkan      cara-cara
                memperkasa wanita dan lelaki dalam konteks
                kepekaan gender dalam bidang tugas tertentu,
                dan iv) membina Pelan Tindakan Kepekaan
                Gender.

                Kursus   ini  dikendalikan  sepenuhnya   oleh
                penceramah jemputan, Dr. Wan Munirah Wan
                Jaafar daripada Fakulti Ekologi Manusia, Universiti
                Putra Malaysia (UPM).

                Kursus ini melibatkan seramai 32 orang peserta
                terdiri daripada kakitangan awam, Badan Bukan
                Kerajaan (NGO), sukarelawan dan orang awam.
                Kursus     dilaksanakan    melalui    kaedah
                penyampaian    ceramah,   perbincangan   serta
                perkongsian pendapat bersama peserta secara
                interaktif.

























           101 LAPORAN TAHUNAN 2021  INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107