Page 106 - Laporan Tahunan ISM
P. 106

BENGKEL ASAS SUKARELAWAN

                Bengkel Asas Sukarelawan bertujuan memberi pengetahuan umum kepada peserta mengenal kerja
                sukarela, falsafah, prinsip dan etika sebagai sukarelawan. la menggunakan modul pada peringkat asas
                yang memfokus kepada pembentukan falsafah, ilmu asas, kemahiran asas dan sikap yang patut ada
                dalam setiap diri para sukarelawan. Dalam erti kata lain, modul ini membentuk para sukarelawan untuk
                menjadi pemimpin kepada diri sendiri.

                Pada tahun 2021, ISM telah mengadakan sebanyak lima (5) siri Bengkel Asas Sukarelawan yang
                melibatkan seramai 395 orang peserta dan dilaksanakan secara bersemuka yang melibatkan peserta
                dari Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Kangar, Perlis manakala empat (4) siri lagi dibuat secara dalam
                talian yang melibatkan sukarelawan serta orang awam yang berminat.

                1. Bengkel VolunteerISM @PAWE: Kursus Kemahiran Asas Kesukarelawanan Siri 1/2021
                6-8 April 2021 (Selasa – Khamis)









































           105 LAPORAN TAHUNAN 2021  INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)
   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111