Page 122 - Laporan Tahunan ISM
P. 122
PENGENALAN
Nama Penuh Kluster: Kluster Penyelidikan dan Pembangunan (KPP)
Fungsi dan Tugas Kluster: Kluster Penyelidikan dan Pembangunan berfungsi melaksanakan
penyelidikan berkaitan sosial dan pembangunan sosial secara umum dengan kumpulan sasar KPWKM
secara khususnya yang bertujuan membantu pembuatan dasar dan polisi semasa negara. Tugas-tugas
kluster ini adalah:
a. Merancang, menyelaras dan mengendalikan penyelidikan berkaitan sosial dan pembangunan
sosial;
b. Merancang, merancang dan mengawal peruntukan kewangan tahunan yang diperuntukkan untuk
menjalankan penyelidikan;
c. Melaksanakan tinjauan bagi mengenal pasti isu dan masalah sosial yang relevan untuk dibuat
kajian; dan
d. Memberikan bantuan khidmat nasihat kepada bahagian/ kluster/ unit lain dalam aspek melibatkan
penyelidikan.
Perkhidmatan ditawarkan: Kluster Penyelidikan dan Pembangunan bertanggungjawab menawarkan
perkhidmatan penyelarasan dan pemantauan pembangunan kajian-kajian berkaitan isu-isu sosial
melibatkan kumpulan sasar di samping bekerjasama dalam membantu pelaksanaan latihan, bengkel
atau program berkaitan penyelidikan dan pembangunan.
Senarai Kajian Tahun 2021
KAJIAN ISM
Kluster Penyelidikan dan Pembangunan
ISM telah menerima peruntukan belanja pembangunan di bawah Rolling Plan 4 (RP4), Rancangan
Malaysia Kesebelas (RMKe-11) pada tahun 2021 untuk menyempurnakan kajian-kajian berikut:
a) Kajian Diagnostik Bagi Membentuk Model Penjagaan Warga Emas Jangka Panjang Yang
Bersepadu dan Mampan di Malaysia; dan
b) Kajian Perlaksanakan Projek Rintis Diversion Bagi Kanak-Kanak Yang Mempunyai Konflik Dengan
Undang-Undang Di Malaysia
Kajian Diagnostik Bagi Membentuk Model Penjagaan Warga Emas Jangka Panjang Yang Bersepadu
dan Mampan di Malaysia dijalankan bertujuan membangunkan maklumat asas bagi merangka dasar,
perundangan, program dan sistem Long-Term Care (LTC) di Malaysia yang berasaskan bukti
(evidence-based) termasuk dasar, program/ projek. sistem perlindungan, sistem tadbir urus,
stakeholder mapping. Selain itu, analisis mengikut demografi dan geografi turut dijalankan serta
121 LAPORAN TAHUNAN 2021 INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)