Page 123 - Laporan Tahunan ISM
P. 123

stakeholder mapping. Selain itu, analisis mengikut demografi dan geografi turut dijalankan serta
                permintaan/ keperluan terhadap LTC dikenal pasti untuk warga emas semasa dan seterusnya
                melaksanakan unjuran keperluan menjelang tahun 2030 mengikut jenis (hospital, institusi, komuniti dan
                rumah). Hasil daripada dapatan tersebut, satu Model Penjagaan Warga Emas Jangka Masa Panjang
                Yang Bersepadu dan Mampan serta Pelan Pelaksanaan LTC dibangunkan.

                Kajian Pelaksanakan Projek Rintis Diversion Bagi Kanak-Kanak Yang Mempunyai Konflik Dengan
                Undang-Undang Di Malaysia pula dijalankan bertujuan menilai penerimaan pegawai di lapangan,
                kanak-kanak, ketua-ketua komuniti, keluarga,komuniti setempat, pengelola perkhidmatan keadilan dan
                pembekal perkhidmatan yang terlibat dengan program Diversion. Kajian ini juga turut menilai kapasiti
                dan keupayaan sumber bagi melaksanakan Diversion yang berkesan selain mengkaji pelaksanaan tiga
                (3) kaedah Diversion (amaran, amaran keras dan program intervensi). Keperluan pindaan atau
                penggubalan perundangan baru turut dikaji untuk dijadikan punca kuasa pelaksanaan program
                Diversion. Lokasi kajian ini dijalankan tertumpu kepada tiga (3) daerah iaitu Sepang, Seremban dan Port
                Dickson.

                ISM juga turut menjalankan kajian berskala kecil menggunakan peruntukan belanja mengurus seperti
                berikut:
                 a)  Kajian Penilaian Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); dan

                 b)  Kajian Mengenai Tahap Kesejahteraan Ekonomi Serta Kaedah Alternatif Bagi Kelangsungan
                     Hidup OKU (Penerima Bantuan JKM) Semasa Tempoh PKP Di Lembah Klang

                Kajian Penilaian Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dilaksanakan bertujuan menilai
                keberkesanan program bantuan dari aspek kefahaman penerima tentang matlamat program, reaksi,
                pandangan serta ekspektasi penerima terhadap program bantuan yang diberikan oleh JKM. Kajian ini
                telah dilaksanakan di seluruh Malaysia bersekali dengan pengagihan bakul makanan kepada penerima
                bantuan JKM.

                Kajian Mengenai Tahap Kesejahteraan Ekonomi Serta Kaedah Alternatif Bagi Kelangsungan Hidup OKU
                (Penerima Bantuan JKM) Semasa Tempoh PKP Di Lembah Klang dilaksanakan bertujuan untuk
                menganalisa dan mengenal pasti keperluan terhadap kaedah alternatif untuk OKU di Lembah Klang
                terutamanya dalam tempoh PKP selain menganalisa kemudahan dan perkhidmatan sedia ada.

















                                                                    LAPORAN TAHUNAN 2021  INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)  122
   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128