Page 39 - Laporan Tahunan ISM
P. 39
PROGRAM “LIBRARY2U’’, 11 MAC 2021
‘’Library2U’’ merupakan program pertama anjuran Pusat Sumber ISM bagi tahun 2021. Program ini
telah diadakan pada 11 Mac 2021 bertempat di ruang kerja pegawai dan kakitangan ISM. Objektif
program adalah untuk membawa perkhidmatan bahan bacaan dan pencarian maklumat secara terus
dari Pusat Sumber kepada setiap pengguna mengikut Kluster/ Unit masing-masing dengan
menggunakan troli buku. Disamping itu, program berorientasikan pengguna ini merupakan salah satu
kaedah promosi dalam usaha menggalakkan dan mempertingkatkan penggunaan koleksi serta
perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Sumber kepada pengguna di Kementerian/Jabatan/Agensi.
Program yang julung kali dibuat ini juga telah berjaya menarik minat warga ISM dan hasilnya 45 orang
telah terlibat di dalam program ini dan sebanyak 56 buah buku telah dipinjam oleh pegawai dan
kakitangan di Institut Sosial Malaysia.
LAPORAN TAHUNAN 2021 INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM) 38