Page 43 - Laporan Tahunan ISM
P. 43
PROGRAM “WORLD #QURAN HOUR”, 30 APRIL 2021
Program sempena bulan Ramadan pada tahun ini ialah ‘World #Quran Hour’ yang berlangsung pada
18 Ramadan 1442H bersamaan 30 April 2021 bertempat di Pusat Sumber ISM. Objektif kempen World
#QuranHour adalah untuk menggerakkan orang ramai untuk membaca al-Quran sebagai wadah untuk
melahirkan masyarakat berilmu dan beragama. Program ini telah dihadiri oleh seramai 35 orang Warga
Institut Sosial Malaysia dan Surah Al-Mulk merupakan surah pilihan untuk dibaca pada tahun ini.
Bacaan surah dipimpin oleh Ustaz Muhammad Faiz Bin Basir dari Kluster Pembangunan Rundingan
Sosial, Institut Sosial Malaysia.
LAPORAN TAHUNAN 2021 INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM) 42