Page 93 - Laporan Tahunan ISM
P. 93
BENGKEL DISABILITY EQUALITY TRAINING (DET)
Tarikh Pelaksanaan dapat bertindak atau merancang sesuatu perkara
berkaitan OKU yang menepati keperluan mereka.
4&5 Februari 2021
4&5 Mac 2021 Pada tahun 2021, ISM telah melaksanakan tujuh (7)
26&27 Julai 2021 Bengkel DET secara dalam talian, dengan jumlah
2&3 Ogos 2021 peserta seramai 190 orang.
16&17 Ogos 2021
18&19 Ogos 2021
23&24 Ogos 2021
DET merupakan satu kaedah yang komprehensif
untuk memahami isu-isu berkaitan ketidakupayaan
berasaskan pada perspektif Model Sosial. Latihan
ini telah diguna pakai di peringkat antarabangsa
dan memberi kesan yang positif terutama bagi
mewujudkan persekitaran dan masyarakat yang
bersifat inklusif. DET dibangunkan oleh
sekumpulan OKU dari United Kingdom dan mula
dilaksanakan pada akhir tahun 1970an sebelum
diperkembangkan ke seluruh dunia. Di Malaysia,
DET diperkenalkan pada tahun 2005 oleh Japan
International Cooperation Agency (JICA) dalam
projek kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat
bagi membangunkan pelbagai perkhidmatan bagi
menyokong penyertaan penuh dan berkesan OKU
dalam masyarakat.
Matlamat utama DET ialah mengubah pandangan
dan persepsi masyarakat terhadap isu
ketidakupayaan (disability) di samping dapat
mengenalpasti puncanya. Di samping itu, peserta
dapat membezakan antara kekurangan kecacatan
(impairment) dengan ketidakupayaan (disability).
Akhirnya, peserta tidak lagi melihat
kekurangan/kecacatan sebagai punca berlakunya
ketidakupayaan. Malahan, peserta dapat
LAPORAN TAHUNAN 2021 INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM) 92