Page 94 - Laporan Tahunan ISM
P. 94
BENGKEL MENINGKATAN KEMAHIRAN SEBAGAI PENJAGA (CARE GIVER)
Bengkel Peningkatan Kemahiran Sebagai Penjaga (Care Giver) adalah bengkel yang diberikan kepada
para sukarelawan yang ingin mempelajari ilmu dalam bidang penjagaan kanak-kanak, orang kurang
upaya (OKU), warga emas dan pesakit terlantar.
Bengkel ini memberi pendedahan kemahiran dan pengetahuan mengenai penjagaan asas, keperluan
kesihatan, pemakanan dan komunikasi serta kemahiran menjalankan aktiviti pemulihan kepada warga
emas, OKU dan pesakit kronik terlantar.
Sepanjang tahun 2021, ISM telah melaksanakan sebanyak tiga (3) siri bengkel dengan jumlah peserta
seramai 160 orang yang terdiri daripada sukarelawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 6
hingga 8 April 2021, 21 hingga 25 Jun 2021 dan 24 hingga 28 Ogos 2021
BENGKEL PEMBIMBING KOMUNITI
Pembimbing Komuniti (Community Helpers) adalah individu yang telah dilatih dan memahami serta
mempunyai kemahiran untuk mendengar, membantu dan memberi bimbingan dan panduan secara
tidak rasmi kepada golongan yang memerlukan. Pembimbing Komuniti juga merupakan rakan
pembimbing dalam komuniti untuk membentuk, membimbing dan mendidik ahli keluarga, seterusnya
masyarakat dengan bentuk dan kaedah membantu dan menolong yang betul di peringkat akar umbi.
Objektif pelaksanaan Bengkel Kemahiran Asas Menolong Bagi Pembimbing Komuniti (Community
Helpers) adalah untuk i) menyampaikan ilmu asas kaunseling sebagai peneraju utama dalam
menyampaikan perkhidmatan menolong, ii) memastikan proses bantuan menolong dapat disampaikan
secara profesional dan berkesan, dan iii) menambahkan penglibatan ahli masyarakat dalam proses
membantu sesama manusia.
Pada tahun 2021, ISM telah melatih seramai 100 orang pembimbing komuniti melalui bengkel ini yang
dilaksanakan sebanyak dua siri secara dalam talian pada 7 hingga 9 September 2021 dan 4 hingga 6
Oktober 2021.
Bengkel Siri 1
93 LAPORAN TAHUNAN 2021 INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)