Page 260 - Laporan Tahunan PERHILITAN 2020
P. 260
Sumbangan Produk Pertanian Daripada MAQIS Negeri Kelantan
Contribution of Agricultural Products from MAQIS Kelantan
Jabatan PERHILITAN Negeri Kelantan telah menerima sumbangan pelbagai jenis produk pertanian
daripada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Negeri Kelantan pada
22 April 2020. Sejumlah 9,139kg ayam beku, 220kg pelbagai jenis sosej dan 75kg ikan beku telah
diserahkan oleh pihak MAQIS Kelantan.
The Kelantan State PERHILITAN received donations of various types of agricultural products from the
Malaysian Quarantine and Inspection Services Department (MAQIS) Kelantan on 22 April 2020. A
total of 9,139kg of frozen chicken, 220kg of various types of sausages and 75kg of frozen fish were
handed over by MAQIS Kelantan.
Sumbangan produk pertanian ini adalah bagi memenuhi keperluan bekalan bahan mentah untuk
dijadikan makanan kepada pelbagai jenis haiwan/hidupan liar di Royal Kelantan Endurance, Bachok,
Kelantan dan Zoo Kemaman, Terengganu.
The contribution of these agricultural products is to meet the needs of raw materials supply to be
used as food for various types of animals/wildlife in the Royal Kelantan Endurance, Bachok, Kelantan
and Kemaman Zoo, Terengganu.
Produk pertanian yang disumbangkan ini adalah merupakan barang-barang sitaan bagi kes-kes
rampasan yang melibatkan pelanggaran dan kesalahan yang dilakukan di bawah Seksyen 11 (1) Akta
Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728) dalam bulan Februari, Mac dan
April tahun ini.
These donated agricultural products were confiscated items for confiscation cases involving
violations and offenses committed under Section 11 (1) of the Malaysian Quarantine and Inspection
Services Act 2011 [Act 728] in February, March and April this year.
Sumber bekalan bahan mentah kepada pihak zoo yang turut terkesan akibat Perintah Kawalan
Pergerakan ini amat membantu untuk dijadikan sumber makanan kepada haiwan/hidupan liar.
The raw material supplied to the affected zoo’s were very helpful source of food for animals/wildlife in
captivity.
254 LAPORAN TAHUNAN 2020
JABATAN PERHILITAN SEMENANJUNG MALAYSIA