Page 15 - PANDUAN KERJA PROJEK KSSM ASK_2
P. 15
KERJA PROJEK KSSM ASK TINGKATAN 3 (KPKAT3)
Jadual 3: Tahap Penguasaan Keseluruhan
Skor TP Tafsiran TP
Keseluruhan Keseluruhan Keseluruhan
Murid menyediakan perancangan, mengumpul sumber,
mengaplikasi, berkomunikasi, membuat refleksi dan mengamalkan
0-23 1 etika kerohanian secara terhad serta laporan kerja projek yang tidak
lengkap berdasarkan pengetahuan berasaskan ilmu Asas Sains
Komputer dan nilai yang dipelajari.
Murid menyediakan perancangan, mengumpul sumber,
mengaplikasi, berkomunikasi, membuat refleksi dan mengamalkan
24-46 2 etika kerohanian yang kurang berkesan serta laporan kerja projek
yang kurang lengkap berdasarkan pemahaman berasaskan ilmu
Asas Sains Komputer dan nilai yang dipelajari.
Murid menyediakan perancangan, mengumpul sumber,
mengaplikasi, berkomunikasi, membuat refleksi dan mengamalkan
47-69 3 etika kerohanian yang betul serta laporan kerja projek lengkap
tetapi tidak tersusun berdasarkan pengaplikasian ilmu Asas Sains
Komputer dan nilai yang dipelajari.
Murid menyediakan perancangan, mengumpul sumber,
mengaplikasi, berkomunikasi, membuat refleksi dan mengamalkan
70-92 4 etika kerohanian yang betul dan berkesan serta laporan kerja projek
lengkap dan tersusun berdasarkan penganalisisan ilmu Asas Sains
Komputer dan nilai yang dipelajari.
Murid menyediakan perancangan, mengumpul sumber,
mengaplikasi, berkomunikasi, membuat refleksi dan mengamalkan
93-115 5 etika kerohanian yang betul, berkesan dan beradab serta laporan
kerja projek yang lengkap, tepat, tersusun dan realistik berdasarkan
penilaian ilmu Asas Sains Komputer dan nilai yang dipelajari.
Murid menyediakan perancangan, mengumpul sumber,
mengaplikasi, berkomunikasi, membuat refleksi, mengamalkan
etika kerohanian yang betul, berkesan, beradab dan boleh dicontohi
116-138 6
serta laporan kerja projek yang lengkap, tepat, tersusun, realistik,
menunjukkan keaslian dan boleh dicontohi dengan menjana idea
berdasarkan ilmu Asas Sains Komputer dan nilai yang dipelajari.
PENUTUP
Pelaksanaan KPKAT3 membolehkan murid mengaplikasi pengetahuan, kemahiran
dan nilai yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah dalam konteks kehidupan
sebenar. Selain pengukuhan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari di
dalam bilik darjah, penerapan nilai juga berlaku dalam kalangan murid semasa
melaksanakan KPKAT3. Pentaksiran KPKAT3 juga membolehkan usaha
penambahbaikan dilaksanakan secara berterusan ke arah meningkatkan
penguasaan pembelajaran murid dalam usaha melahirkan murid yang mempunyai
pemikiran komputasional seperti yang dihasratkan dalam kurikulum ASK.
11