Page 10 - PANDUAN KERJA PROJEK KSSM ASK_2
P. 10

KERJA PROJEK KSSM ASK TINGKATAN 3 (KPKAT3)


                      oleh  guru  mata  pelajaran  ASK  setelah  selesai  melalui  penjaminan  kualiti

                      atau moderasi.
               g)     Menyerahkan  Borang  Pentaksiran  Keseluruhan  Kerja  Projek  yang  telah

                      lengkap kepada Pengetua untuk disahkan.
               h)     Menyerahkan  kembali  sesalinan  Borang  Pentaksiran  Keseluruhan  Kerja

                      Projek yang telah disahkan oleh Pengetua kepada guru mata pelajaran ASK

                      dan sesalinan kepada Setiausaha Peperiksaan untuk tindakan seterusnya.


               Ketua Panitia

               a)     Menerima  surat  pelantikan  sebagai  Penolong  Ketua  Pentaksir  KPKAT3

                      peringkat  sekolah  (Lampiran  1)  untuk  membantu  GKMP  menjalankan

                      penjaminan kualiti atau moderasi (Lampiran 2).
               b)     Menghadiri  mesyuarat  panitia  untuk  menetapkan  tarikh  pelaksanaan,

                      merangka jadual kerja pelaksanaan KPKAT3 (Lampiran 3), menetapkan tema
                      atau tajuk peringkat sekolah berpandukan Panduan KPKAT3 yang disediakan

                      oleh BPK.
               c)     Memastikan  taklimat  tentang  KPKAT3  dan  surat  makluman  pelaksanaan

                      KPKAT3  (Lampiran  4)  diedarkan  kepada  semua  murid  Tingkatan  3  tahun

                      semasa.
               d)     Memastikan  pelaksanaan  KPKAT3  mengikut  jadual  pelaksanaan  (rujuk

                      Lampiran 14) yang ditetapkan.

               e)     Memastikan prosedur operasi standard keselamatan murid dipatuhi sekiranya
                      melibatkan pergerakan keluar dari kawasan sekolah dengan memastikan guru

                      mata  pelajaran  ASK  menyediakan  surat  kebenaran  untuk  melawat  atau
                      menemuramah  dan  mendapatkan  bahan  sumber  (Lampiran  5)  serta

                      memastikan murid membawa Surat Akuan Diri Murid (Lampiran 10).
               f)     Memastikan murid mematuhi jadual KPKAT3 yang ditetapkan.

               g)     Memastikan  proses  pentaksiran  KPKAT3  dilaksanakan  berpandukan  Rubrik

                      Umum Kerja Projek (Lampiran 6).
               h)     Memastikan guru mata pelajaran ASK merekod TP dalam Templat Pelaporan

                      PBD (Lampiran 9), TP dan skor KPKAT3 dalam Borang Pentaksiran Individu
                      (Lampiran 7) dan Borang Pentaksiran Keseluruhan Kerja Projek (Lampiran 8).






                                                            6
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15