Page 8 - PANDUAN KERJA PROJEK KSSM ASK_2
P. 8
KERJA PROJEK KSSM ASK TINGKATAN 3 (KPKAT3)
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
Untuk memastikan KPKAT3 dapat dilaksanakan dengan sempurna semua pihak
terutamanya Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Kanan Mata Pelajaran
(GKMP) Teknik dan Vokasional, Ketua Panitia ASK, guru mata pelajaran ASK dan
murid tingkatan 3 tahun semasa perlu memainkan peranan dan tanggungjawab
masing-masing seperti berikut:
Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran
a) Menerima surat makluman pelaksanaan KPKAT3.
b) Melantik GKMP Teknik dan Vokasional sebagai Ketua Pentaksir KPKAT3
dan Ketua Panitia ASK sebagai Penolong Ketua Pentaksir KPKAT3
peringkat sekolah (Lampiran 1) untuk menjalankan penjaminan kualiti atau
moderasi (Lampiran 2).
c) Memastikan Ketua Panitia ASK mengadakan mesyuarat panitia untuk
menetapkan tarikh pelaksanaan, membina jadual kerja pelaksanaan
KPKAT3 (Lampiran 3), menetapkan tema atau tajuk KPKAT3 peringkat
sekolah dan mengadakan taklimat ringkas pelaksanaan KPKAT3
berpandukan Panduan KPKAT3 yang disediakan oleh Bahagian
Pembangunan Kurikulum (BPK).
d) Memastikan Penolong Kanan Pentadbiran dan GKMP Teknik dan
Vokasional hadir semasa mesyuarat panitia diadakan.
e) Memastikan semua murid Tingkatan 3 mendapat taklimat KPKAT3 daripada
guru mata pelajaran ASK dan menerima surat makluman pelaksanaan
KPKAT3 (Lampiran 4).
f) Memastikan proses menghasilkan KPKAT3 dilaksanakan seperti yang
dijadualkan.
g) Memastikan prosedur operasi standard keselamatan murid dipatuhi
sekiranya melibatkan pergerakan keluar dari kawasan sekolah dengan
memastikan guru mata pelajaran ASK menyediakan surat kebenaran untuk
melawat atau menemuramah dan mendapatkan bahan sumber
(Lampiran 5) serta memastikan murid membawa Surat Akuan Diri Murid
(Lampiran 10).
4