Page 5 - PANDUAN KERJA PROJEK KSSM ASK_2
P. 5
KERJA PROJEK KSSM ASK TINGKATAN 3 (KPKAT3)
PENGENALAN
Kerja projek ditakrifkan sebagai tugasan, pembinaan atau siasatan secara teratur
dan menjurus kepada matlamat yang spesifik. Aktiviti kerja projek dilaksanakan
selepas murid menguasai kemahiran yang telah dipelajari.
Kerja Projek Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Asas Sains
Komputer (ASK) Tingkatan 3 merupakan salah satu komponen Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD) yang wajib dilaksanakan oleh murid secara individu semasa di
Tingkatan 3. Guru melapor perkembangan penguasaan murid selepas
melaksanakan projek dengan menggunakan Templat Pelaporan PBD, Borang
Pentaksiran Individu atau Muka Hadapan Kerja Projek dan Borang Pentaksiran
Keseluruhan yang disediakan dan skor murid dihantar kepada Lembaga
Peperiksaan (LP) yang mewakili 30% wajaran daripada markah keseluruhan
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Asas Sains Komputer.
OBJEKTIF
Kerja Projek KSSM ASK Tingkatan 3 (KPKAT3) membolehkan murid:
a) Mendapat pengalaman bermanfaat semasa menjalankan KPKAT3 dengan
mengaitkannya dengan dunia sebenar.
b) Membudayakan pembelajaran berasaskan inkuiri untuk memahami sesuatu
konsep bagi menyelesaikan masalah yang berkesan dengan mengkaji
masalah daripada pelbagai sudut melalui teknik penyoalan, siasatan,
perancangan dan ramalan, analisa dapatan, merekod dapatan serta
membuat rumusan.
c) Menyusun, menganalisis dan mempersembahkan data atau idea secara
logik dan sistematik.
d) Mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan
membudayakan pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah.
e) Menyelesaikan masalah dengan keupayaan sendiri secara mengenal pasti
masalah dan menilai kesesuaian kaedah penyelesaian masalah yang
digunakan.
1