Page 21 - Amanat Tahun Baharu Naib Canselor UM 2024
P. 21
Home of Bright, Land of the Brave
Di Sini Bermulanya Pintar, Tanah Tumpahnya Berani
My main message and focus moving forward is
to transform the university into a world class
institution that is pillared by a future driven
workforce and a capable and united pool of
talents in charting new frontiers of eminence.
Pemantauan prestasi kerja kepada semua staf yang memegang tampuk
kepimpinan di semua peringkat akan dijalankan, dan langkah intervensi
akan dilakukan demi memastikan mereka akan terus memberikan
kualiti perkhidmatan yang diperlukan. Jika staf tersebut masih gagal
untuk mencapai standard dan outcomes yang diinginkan, langkah
intervensi awal akan dilakukan. Langkah ini bertujuan menghapuskan
takuk kekangan atau impasse of spiralling negative stagnation akibat
daripada sistem lama yang membiarkan staf tersebut untuk kekal berada
di posisi tersebut sepanjang tempoh lantikan. Kekuatan staf juga akan
dilihat melalui program latihan khas yang dinilai dan diperhatikan oleh
profesional yang kemudiannya akan diguna pakai untuk meletakkan
seseorang itu pada posisi jawatan yang bersesuaian.
21