Page 25 - Amanat Tahun Baharu Naib Canselor UM 2024
P. 25

Home of Bright, Land of the Brave
                                    Di Sini Bermulanya Pintar, Tanah Tumpahnya Berani




            Selain itu, Confucius pernah memberitahu muridnya, Tsze-kung, bahawa
            tiga perkara diperlukan untuk kerajaan: senjata, makanan dan amanah.
            Jika seorang penguasa tidak dapat berpegang pada ketiga-tiganya, dia
            harus menyerahkan senjata terlebih dahulu, dan makanan seterusnya.
            Amanah harus dijaga hingga akhir: “tanpa amanah kita tidak boleh
            berdiri”.

            Amanah dan integriti menjadi salah satu nilai dalam amalan kerja
            yang wajib diamalkan. Kes rasuah, kerja separuh jalan, kelalaian dan
            pengabaian  kerja berpunca  daripada  kegagalan  memahami tuntutan
            amanah.  Universiti  Malaya  hanya akan  mencapai kecemerlangan
            sekiranya amanah menjadi pakaian peribadi semua warganya.































































                                                                                   25
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30