Page 21 - Laporan Tahunan Universiti Malaya 2023
P. 21
BAB 01 PENDIDIKAN
Memperkasa Minda,
Membentuk Bakat
Masa Hadapan: 119
Tahun Kecemerlangan
Akademik
Empowering Minds,
Shaping Future Talents:
119 Years of Educational Excellence
Pendidikan berkualiti merupakan asas yang penting dalam membentuk
bakat modal insan yang cemerlang untuk masa hadapan. Pendidikan
inovatif bukan sahaja menyediakan pengetahuan dan kemahiran
teknikal, tetapi juga mengembangkan kemahiran berfikir secara
kritikal, kemampuan menyelesaikan masalah, dan membentuk nilai-
nilai murni dalam kalangan warga Universiti.
Dalam usaha mencapai kecemerlangan dalam pendidikan,
Universiti Malaya (UM) amat komited dalam menyediakan akses kepada
sistem pendidikan yang berkualiti serta persekitaran pembelajaran
yang mampu menyokong perkembangan holistik mahasiswa.
Memperkasa Minda, Membentuk Bakat Masa Hadapan: 119 Tahun Kecemerlangan Akademik 19